Nama*: | nor |
Alamat Email: | norsusilawati_80@yahoo.com.my |
Tajuk*: | cerai taklik(masih keliru) |
Message*: | Askum...(Saya sebelum ini berada pada tajuk cerai taklik (lafaz atau maksud) Terima kasih atas segala penerangan dan jawapan yang telah ustaz berikan.Saya amat2 menghargainya...namun saya ada beberapa lagi persoalan yang memerlukan penjelasan daripada ustaz.. 1)ustaz memberi penjelasan bahawa suami boleh menarik balik lafaz cerai taklik terhadap saya.akan tetapi apa yang saya faham dan pernah baca didalam beberapa blog yang dikendalikan oleh ustaz dan ustazah yang bertauliah mengatakan bahawa taklik tidak boleh ditarik balik.Saya juga ada menonton rancangan wanita hari ini dimana ustazah yang dijemput mengatakan TAKLIK TIDAK BOLEH DITARIK BALIK.Adakah maksudnya taklik terbahagi kepada 2,dimana ada yang boleh ditarik dan ada yang tidak.boleh tak ustaz tolong jelasakan.. 2)Majoriti ulama (trutama 4 mazhab) mengatakan bahawa cerai taklik(lafaz yang sorih)adalah sah dan jatuh sekiranya dilanggar oleh si isteri walaupun suami tiada niat menceraikan(diamalkan dimalaysia).Tetapi ada pndapat minoriti membahagikan kepada 2 dimana pertama jika suami berniat menceraikan barulah jatuhlah takliknya,tetapi jika suami hanya berniat mengugut dan sebagainya maka takliknya tidak sah/jatuh tetapi diwajipkan bayar kifarat sekiranya dilanggar.(diamalkan di mesir).persoalannya kenapa ada perbezaan pendapat yang digunapakai diantara malaysia dan mesir.Pendapat manakah yang seharusnya kita ikut.Saya menjadi bertambah keliru apabila membaca satu ruangan di my metro dalam soal jawab agama dimana isteri telah melanggar taklik suaminya yang bukan niat menceraikan tetapi mengugut sahaja.ada 2 jawapan yang diberikan oleh ustaz yang menjawab iaitu menrut pendapat majoriti jatuh takliknya.tetapi menurut pendapat minoriti tidak sah/jatuh kerana suaminya menggunakan taklik untuk mengugut isterinya.Jadi yang manakah harus diikuti.Harap ustaz boleh tolong jelaskan. 3)Berdasarkan kepada E-mail saya yang lepas cerai taklik (lafaz atau maksud).Saya ada 1 lagi soalan untuk diperjelaskan oleh ustaz.Situasinya..suami saya pernah menghantar sms yang menurutnya bertujuan untuk menyemak samada sms nya sampai atau tidak(gangguan talian).Apbila saya membuka sms nya dia telah menaip 2 daripada perkatan yang terdapat dalam nama bekas kekasihnya yang ditaklik kan kepada saya.Sebagai contoh nama yang diucapkan dalam taklik ialah INA.Suami telah menaip NA yang bagi saya dalam keadaan tertentu bukankah kita adakalanya memanggil INA hanya dgn NA sahaja.Saya tlah menelefon suami semula dan bertanyakan kenapa dia menaip perkataan (NA)tersebut.Bukankah ada banyak lagi nama (perkataan)lain yang terdapat pada keypad enset untuk ditaipkan.Saya memarahi suami kerana tindakan nya itu menyebabkan saya secara tidak sengaja menyebut nama(NA) tersebut,dan sekaligus teringat dengan nama bekas kekasihnya yang ditaklikan.saya menuduh suami sengaja menaip perkataan tersebut supaya saya menyebutnya dan takliknya terjadi sedangkan saya sedaya upaya untuk mengelak dari mengingati apakah lagi menyebut nama tersebut.Suami mengatakan bahawa dia tidak sengaja dan tiada niat seperti yang saya menuduh terhadapnya,Sebelum meletakkan telefon saya mengugut suami dengan mengatakan"jangan sampai saya sebut betul2 nama tu baru awak puas hati".Persoalannya ustaz adakah tindakan saya menyebut nama NA yang ditaip oleh suami,tindakan saya memarahinya itu dan ugutan saya termasuk dalam maksud lafaz taklik suami saya dan apakah kedudukan taklik tersebut. Saya minta maaf sekiranya ada soalan saya ini tidak logik dan menyentuh sensitivity beberapa pihak.Tapi saya tidak mahu kemusykilan dan kekeliruan membelenggu saya sepanjang hidup...wassalam. |
File Upload: |
Visitor IP: 203.82.95.155
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.