Monday, July 23, 2012

Soalan: berapakah talak telah jatuh.

Nama*:tini ibrahim
Alamat Email:tini.ibrahim@yahoo.com.sg
Tajuk*:berapakah talak telah jatuh.
Message*:asalamalaikum ustaz,di sini saya ingin bertanya pada ustaz.tentang talak.anak sadara saya ,bermain kayu tiga bersama seorang lelaki yg sudah pun berkawin ...begitu anak sedara saya....hubungan sulit ini telah pun di ketahui oleh si suami (ank sedara)mereka berdua bergaduh, dan si suami terus keluar......berapa jam berikut si suami menhantar sms kapada si isteri menayatakan kita bercerai saja......lalu si suami hantar sms kpada ibu mertua menyatakan saya tak sanggop lagi saya cerai kan anak ibu......dan yg ketiga si suami ini menhantar sms kapada saya..(mak cik si isteri)sisuami berkata saya ceraikan anak sedara saya kerna sudah memalukan nama keluarga......saya membalas sms itu ...apa betul kah kau lafaz pada isteri kau ...jawap dia ya .ustaz dalam soal ini saya ingin berapa kah talak itu jatuh ?apakah hukumnya di harap ustaz dapat terangkan pada saya,terima kasih wasalam
File Upload:

Salam Ramadan Puan.

Daripada kes ini, seperti apa yang saya fahami, talaknya jatuh satu talak sahaja kerana perkhabaran yang dinyatakan kepada tiga individu berbeza hanyalah untuk menjelaskan terjadinya talak, jatuhnya cerai ke atas isteri berkenaan.


Semoga kita mendapat iktibar.

Wallahuaklam

Visitor IP: 182.55.128.161

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA