Nama*: | nor |
Alamat Email: | norsusilawati_80@yahoo.com.my |
Tajuk*: | cerai taklik(lafaz atau maksud) |
Message*: | askum ustaz yang budiman... saya puan Nor dari sarawak ingin mengajukan pertanyaan tentang cerai taklik 1) jika suami melafazkan "kalau awak sebut lagi nama ...... (nama bekas kekasihnya)maka jatuh talak."terjadinya talak ini disebabkan saya selalu mengejek,menyindir,cemburu,mengungkit-ungkit kisah suami dengan bekas kekasihnya.suami banyak kali melarang tetapi saya tetap mengejek nya sehingga lah lafaz ini terjadi.menurut suami dia tidak berniat untuk menceraikan cuma mengancam saya sahaja.tapi saya tahu menurut undang2 islam malaysia taklik ini jatuh kerana lafaznya sarih. persoalannya sekarang saya pernah bertanya kepada suami apakah maksud menyebut nama yang dia maksudkan.adakah hanya dengan menyebut nama bekas kekasihnya,atau menyebut nama sesiapa sahaja yang mempunyai nama yang serupa,atau saya menyebut nama bekas kekasihnya dengan niat dan perkataan untuk mengejek, menyindir, cemburu, mengungkit-ungkit kisah silam mereka seperti yang saya lakukan sebelum taklik terjadi.suami mengatakan sekiranya saya menyebut dengan sengaja2nya nama bekas kekasihnya dengan tujuan mengejek,menyindir,cemburu,mengungkit-ungkit kisah silamnya seperti yang saya lakukan sebelum ini barulah terjadi taklik nya itu.akan tetapi apa yang menjadi kemusykilan saya adakah taklik saya ini jatuh bedasarkan lafaz suami atau penerangan yang dia berikan kerana lafaznya ialah jika saya menyebut nama....untuk makluman tuan saya tidak pernah lagi mengejek, menyindir, cemburu, mengungkit-ungkit kisah mereka. tetapi saya ada menyebut nama kawan2 saya yang nama serupa. dan saya juga pernah mengulang balik lafaz taklik yang dilafazkan oleh suami saya dengan tujuan untuk bertanya dan meminta kepastian bukan dengan tujuan seperti yang suami maksudkan sedangkan didalam lafaz suami ada menyebut nama bekas kekasihnya dan saya secara automatik tersebut namanya ketika mengulang balik(untuk bertanya) apa yang dilafaz suami.semuanya saya tidak sengaja.. 2)jika suami melafazkan" jangan sampai abang cakap kalau sayang sebut lagi pasal perempuan jatuh talak baru sayang nak berhenti bercakap"terjadinya taklik tersebut kerana saya cemburu dan syak yang suami ada perempuan lain selepas saya terjumpa msg yang mencurigakn dalam handset nya. sebelum itu memang saya ini kuat cemburu dan selalu mengesyakinya..adakah taklik itu telah jatuh...bila saya bertanya kepada suami dia mengatakan bahawa taklik itu belum jatuh kerana dia belum menetapkan taklik tersebut dengan adanya perkataan jangan sampai 3)berkaitan dengan perkara 1 dan 2. pada malam harinya saya bertanya balik kepada suami adakah telah jatuh taklik yang dia lafazkan (perkara 2)suami pada mulanya pun bingung. tapi dia tetap mengatakan bahawa dia belum menetapkan lagi taklik tersebut dengan adanya perkataan jangan sampai..dengan tiba2 saya teringat balik dengan lafaz suami yang pertama(perkara 1)lalu saya mengingatkan kepada suami lafaz pertamanya..suami berkata"haaaa...macam itu barulah..masa itu abang cakap kalau sayang sebut lagi nama ....(bekas kekasihnya) jatuh talak..macam itu barulah.."niat suami masa itu hanya untuk membandingkan serta memberi contoh lafaz pertama dengan lafaz yang kedua..adakah taklik suami jatuh ketika itu sedangkan dia cuma memberi contoh dan perbezaan diantara lafaz pertama dan kedua.saya pulak dengan tidak sengaja berkata"owh ya tak ya jugak kan .masa tu abang tak sebut pun jangan sampai.masa tu abang cakap kalau sayang sebut lagi nama ....(bekas kekasihnya) jatuh talak..kan..suami pula mengiyakan(niat nya bukanlah nak menjatuhkan talak satu lagi cuma mengiyakan apa yang saya perkatakan bahawa lafaz yang kedua ada jangan sampai sedangkan lafaz pertama tiada. saya sangat2 berharap moga dapat diberi penjelasan tentang perkara ini.saya mintak tolong sangat2.minta kerjasama pihak tuan untuk memberi jawapan didalam email ini sahaja.terima kasih banyak2..wassalam. |
File Upload: |
Salam Puan Nor, maaf kerana lewat membalas email ini.
1. Dalam kes ini, lafaz taklik adalah terjadi atas apa yang dimaksudkan oleh suami puan. Maksudnya, jika 'nama' itu disebut dengan tujuan mengejek dan menghina, maka jatuhlah talak, tapi jika puan menyebut nama berkenaan tetapi dengan maksud yang lain (tidak mengejek) atau nama orang lain yang serupa, tidaklah jatuh talaknya. Kerana maksud taklid itu adalah seperti apa yang diucapkan dan dimaksudkan secara khusus oleh suami.
Contohnya, saya langgar kereta merah yang di depan tu, jatuhlah talak. Tapi kalau suami langgar kereta putih, hijau, tidaklah jatuh talaknya.
2. Keadaan kedua adalah satu ugutan, ia bukan lagi taklid.
3. Pada kefahaman saya, ia tidak jatuh talak kerana disebut penama itu sebagai contoh, bukannya dengan maksud mengejek dan menghinanya..
Seperkara yang perlu diingatkan, perkara ini usah terlalu disukar-sukarkan, dan janganlah pula dipermudah-mudahkan. Malah pihak suami boleh menarik balik 'lafaz taklid' jika dia telah sedar perubahan kepada diri puan.
Bersama-samalah kita membina ruamhtangga di bawah redha Allah.
Wallahuaklam.
Visitor IP: 203.82.95.236
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.