Soalan: Status perceraian
Nama*: | leeya |
Tajuk*: | Status perceraian |
Pertanyaan*: | Assalamualaikum…
saya nak mintak penjelasan..kami duduk serumah dgn mentua dan ada selisih paham antara suami dgn mentua.Jadi suami saya telah lafaz pada saya 'kalau kau tak keluar rumah malam ni.kita cerai'.malam tu juga saya kemas2 barang dan keluar umah..Tetapi suami saya masih ada di rumah hingga keesokan harinya.
1)Adakah jatuh talak?
2)Adakah saya boleh balik ke rumah semula?
3)Ape akan berlaku pada akan datang bila saya kembali ke rumah semula?
4)Lafaz itu sah sampai bila-bila ke? |
Jawapan: | |
Salam
Lafaz itu terjadi untuk malam itu sahaja.
Tindakan puan keluar rumah telah menyelamatkan status suami isteri. jadinya puan masih suami isteri yang sah.
Puan boleh dan berhak balik semula ke rumah
tk
Visitor IP: 118.101.40.164
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.