Soalan 2: lafaz kinayah
Nama*: | zarazya |
Tajuk*: | lafaz kinayah |
Pertanyaan*: | Assalamualaikum ust. Mohon ustaz berikan penjelasan tentang sms yang saya terima dari suami. Adakah talak terjatuh dengan ayat msg seperti ini; Suami : Aku tak nak ada apa2 hubungan lagi..kali ini confirm dah tak nk lagi keluarga ini. Settlekan kat mahkamah. Semua barang ko bawak keluar dari rumah ini aku tak nak satu pun ada memory lagi dgn ko. Aku nak jadi bujang Aku nak bina masa depan aku. Keluarga ini bukan keluarga aku lagi ..tak nak fikir apa pun mulai saat ainul (anak) keluar dari rumah ini bukan hal aku. Bukan tanggunjawab aku lagi..aku tak ada isteri dan anak. **Mengikut pemahaman saya selama hidup dengan suami, dan keadaan dia menghantar sms itu kerana saya telah keluar dari rumah tanpa bawa anak. Fahaman saya dia nak buat permohonan cerai dimahkamah. Bukan waktu yang dia hantar msg pada saya. Dan saya yakin dia memahami tentang lafaz talak kinayah ini kerana berulang kali saya telah menjelaskan kepadanya sebelum ini jika dia berniat maka jatuhlah talak. Selepas msg tersebut saya kembali kerumah dan memohon maaf kerana tidak mahu memanjangkan hal. Dia sambut baik kepulangan saya. |
Jawapan: | |
Visitor IP: 211.24.250.130
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.