Soalan: Jatuh tak talak
Nama*: | Din |
Tajuk*: | Jatuh tak talak |
Pertanyaan*: | Assalamualaikum.. ustaz, sy selalu bergaduh dgn isteri.. Sehinggalah kami wt perjanjian, klu bergaduh lagi sy AKAN ceraikan die.. Adakah jatuh talak bila bergaduh? Sbb sy x kata sy ceraikan die tp akan ceraikan dia? Tp bila prgaduhan berlaku sy x pun lafazkan cerai.. Adakah itu dikira lafaz kinayah? |
Jawapan: | |
Salam
Tidak jatuh talak kut...
he he.. eden pun tak reti nak jawab.. he he..
AKAN tu macam ada makna lain, makna akan datang, akan dibuat..
Lepas ni tak perlu buat taklik lagi..
tk
Visitor IP: 123.136.106.221
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.