Friday, July 13, 2018

Soalan: lafaz sumpah laknat palsu

Nama*:Akmaratul Jabarah
Tajuk*:lafaz sumpah laknat palsu
Pertanyaan*:Salam ustaz
semoga sihat di samping keluarga
tahun lepas suami sy ada lafazkan cerai talak satu di depan ahli keluarga nya dan menghalau sy. dia jerit aku cerai kau sebab de pertengkaran besar masa tu. jd adik suami pun anta sy blik ke rumah ayah.

bila sy ke mahkamah untuk mngesahkan perceraian, proses itu makan masa setahun sebab suami x hadir, x bawak ic , msuk penjara dan macam2 lagi. kemudian kelamarin kami dapat menghadap tuan hakim tapi suami x mngaku dan xnak lepaskn sy dan sy x dapat kemukakan saksi sebab semua saksi sebelah keluarga sia dan merek taknak msuk campur untuk hal ini. mereka x akan menyebelahi sy sebab mereka xnak suami sy buat kecoh dan mngamuk2 lg nnti.

jd suami sy pun sggup agkat sumpah laknat depan tuan hakim bahawa dia x lafaz, sedangkan Allah je tahu dia dah lafaz. mahkamah memutuskan kami masih lg sumi isteri. ape pendapat ustaz? sy skrg dlm proses bantuan guaman untuk mohon fasakh pula.
Jawapan:
Salam

Laknat itu pasti akan terkena kepada suami puan kerana dia berdusta atas apa yang dipersaksikan.

Jika tiada jalan penyelesaian, eloklah berpisah. Puan boleh gunakan saluran tebus talak atau fasakh.

tk

Visitor IP: 2404:160:8021:6109:7995:8eac:31ce:dcf2

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA