Soalan: Air kencing anak
Nama*: | Ninie |
Tajuk*: | Air kencing anak |
Pertanyaan*: | Assalamualaikum ustaz.. Anak saya lelaki berumur 6 tahun dan bersekolah mcm tadika.. Anak ke sekolah pakai tshirt dan seluar track panjang. Setiap pagi ,saya akan pakaikan anak seluar dlm kecil mcm boxer.. Menjelang tengah hari jam 12tgh hari, waktu balik anak sekolah.. Saya jemput anak naik kereta..anak duduk depan. Bila sampai di rumah, saya tanggalkan seluar kecil anak, ada sedikit kesan bau hancing (kencing) di bahagian depan seluar kecil anak..bau di area situ sahaja.. Saya yakin bila anak duduk, lantai / cushion kereta tidak kena najis sbb bahagian belakang seluar tak basah.. cuma bahagian depan shj..tu pun sikit je bau hancing, seluar kecil tak basah cuma ada bau kencing je,mungkin dah kering.. Mohon pandangan ustaz, adakah lantai anak dudu & cushion tempat duduk kereta saya dianggap najis? Bagaimana cara nk sucikan? Berat dan banyak kerja kalau saya perlu cuci cushion tempat duduk kereta dan lap lantai seluruh rumah.. Makan masa nak kering.. Bantu saya ustaz.. Tk |
Jawapan: | |
Visitor IP: 113.210.182.38
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.