Soalan: talak
Nama*: | majid |
Tajuk*: | talak |
Pertanyaan*: | slm,
ustaz, saya kerap alami niat perpisahan, sehinggakan saya ada membuat isyarat 'pergilah' ketika ada niat cerai. isteri saya tak faham isyarat tu dan tak nampak isyarat tu.
saya dah tanya pej mufti selangor, ustaz sana ckp jumhur ulama bgtau tak sah talak isyarat bg org yg boleh berkata kata.
saya tengok soaljawab yg lepas lepas di blog ustaz pun, ustaz bgtau talak isyarat tak sah bg org yg tak bisu.
tapi saya tanya jakim, ustaz sana bgtau talak isyarat juga boleh berlaku kepada org tidak cacat.
jadi saya nak tahu pendapat ustaz tentang situasi saya di atas. berlaku kah talak? adakah ia di dlm khilaf ulama?
wslm |
Jawapan: | |
Salam
Dalami ilmu asas tentang fiqh munakahat agar kita lebih tenang dan aman. tahu apa yang dihadkan oleh agama dan tahu batasan mana yang perlu diawasi.
tk
Visitor IP: 183.78.47.229
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.