Soalan: kata kata hati
Nama*: | kamarulzaman |
Tajuk*: | kata kata hati |
Pertanyaan*: | assalamualaikum ustaz
saya ni kalau duduk sorang sorang akan ada dalam hati perkataan perkataan yg mengeji allah. saya cuba lawan tetapi dia kerap dtg. kadang kadang berhari hari. ada waktunya benda ni tak ada pula mengganggu. apa yang saya amalkan skrg saya buat je apa yang allah suruh dan meninggalkan benda benda yang allah larang. saya takut saya murtad. apa yang perlu saya buat. bolehkan saya tak ambil peduli benda ni. |
Jawapan: | |
Salam
Rawatilah penyakit hati anda dengan banyak berzikir dan istighfar.
Banyakkan tilawah al-Quran dan bina keyakinan diri dengan mendalami ilmu agama sebaiknya.
Allah maha tahu apa yang kita lakukan..
tk
Visitor IP: 219.92.111.73
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.