Soalan: Jatuhkah talak
Nama*: | cahayaiu86@gmail.com |
Tajuk*: | Jatuhkah talak |
Pertanyaan*: | Assalamualaikum ustaz..
Sy ada kmushkilan sedikit bekenaan lafaz cerai yg blaku pada sy baru² ni..
Ada sdikit pertengkaran antara sy dan suami.
Dlm keadaan marah suami ada myatakan didalam whatapps :
1) Ok klau aku xdak tngjwb ok aku lps kan hg..
dan kemudian sy ada myatakan abg tau x jatuh talak abg ckp mcm tu..dan kmudian dia mbalas :
2) Ok je klau nak xde masalah xde la hg nk mrh2 nk tnsion2.
kmudian dlm nada sedih sy btanya..mmg itu yg abg nak kan...
kmudian dia mjawab :
3) Ok jgk klau ada org lbh baik dri aku ni blh jga n phm hg aku akan lps klau dah xnak n xberminat.
Dalam keadaan was² ttg status sy sy ada reply blik mmg dh jatuh pown..sy amat risau skiranya kata2nya itu btl2 bt sy hilang status sorg isteri..
dia mbalas :
4) Sat lgi aku lpskan talak btl nak sgt ke?
Bila keadaan dh reda sy ada mnanyakn suami adakah dia mlafazkn kata² itu dgn niat..? Dia nyatakan tidak..
pertanyaan sy skrg adakah jatuh talak keatas sy dgn suami..??
diharap ustaz dpt mbantu sy..
isteri yg buntu.. |
Jawapan: | |
Salam
Jika suami berniat untuk ceraikan isteri, maka ia adalah sah dan terjadinya talak..
Kena pastikan daripada suami.
tk
Visitor IP: 115.164.207.136
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.