Tuesday, June 26, 2018

Soalan: Bertanya

Nama*:Samsul
Tajuk*:Bertanya
Pertanyaan*:Assalamualaikum wbt

Ustaz, saya nak bertanya :

1/. Jika Suami kata rupa anak perempuannya sama dengan rupa isterinya, adakah itu Zihar?

2/. Saya berkata pada Bapa saya "Mak saya (Mak Mertua saya) Tauke Emas itu (dengan Tauke Emas tu) saudara". Mak saya yang saya maksudkan Mak Mertua saya bukan Mak saya. Adakah itu Zihar? Saya tidak ada niat Zihar.

3/. Saya berkata pada Pakcik saya "Anak saya gilir2 jaga, kadang2 mak (saya) jaga kadang2 mak mertua saya jaga". Adakah itu Zihar? Saya tidak ada niat Zihar.

4/. Saya berkata pada mak saya " Isteri saya cakap dengan saya, Saya dengan Ali (anak saya) geng sama, Dia (Isteri saya) dengan Siti (anak saya) geng sama". Kemudian saya sambung berkata pada mak saya "Saya dengan Ali (anak saya) kira satu geng, Dia (isteri saya) dengan Siti (anak saya) kira satu geng". Adakah itu Zihar? Saya tidak ada niat Zihar.
Jawapan:
Salam

Ia tidak terjadi zihar.

orang luar bukan mahram tiada dikaitkan dengan hukum zihar

ia juga tidak zihar

kena cari google tentang zihar.. he he..

tk

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA