Soalan: Mandi wajib dan puasa
Nama*: | Wan |
Tajuk*: | Mandi wajib dan puasa |
Pertanyaan*: | Assalamu'alaikum ustaz, saya nak tanya,
1. Selesai mandi wajib,saya ambil tuala dan lap sedikit, kemudian saya waswas sama ada saya ratakan ke tidak bawah mulut dan bahagian dagu.
Jadi,saya niat ' sahaja aku sambung mandi kerana haid fardhu atasku krn Allah taala. '
Lepastu, bila saya fikir balik, mandi tadi tu dah rata seluruh badan (mandi yang sebelum waswas datang).
Sah ke mandi wajib saya?
Saya perlu mandi wajib semula tak sebab saya tak pasti mandi wajib saya sah ke tidak sebelum ustaz beri jawapan kepada saya.
2. Kalau saya perlu qada puasa 1 hari. Kemudian, saya qada puasa tersebut tapi saya berbuka puasa sebelum waktu berbuka. Adakah puasa qada bertambah.? Maknanya 1 hari qada puasa ramadhan tambah dengan 1 hari puasa ganti yang tak jadi tu? |
Jawapan: | |
Salam
Mandi itu sudah sah.. tidak perlu dirisaukan dan usah dilayan dengan gangguan syaitan..
Puasa tidak sah bila berbuka puasa terlebih awal, kecuali anda ada keraguan pada waktu berkenaan..
Qada puasa sehari sahaja.
tk
Visitor IP: 115.164.217.77
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.