Friday, June 29, 2018

Soalan 1: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Aniisa
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Pertanyaan*:Assalammualaikum ustaz..baru2 ni saya beegaduh dgn suami..suami ada cakap nanti abang ceraikan ayang..sya tnya bila.dya kata tengokla isnin ni..adakah jatuh ke x talak ustaz..terima kasih ustaz
Jawapan:
Salam,

Isnin tu setiap minggu ada.. so, tak lah terjadi talak.. itu ancaman jer kut...

tk

Visitor IP: 118.101.141.248

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Qado” solat jamak qasar

Nama*:m.rizam
Tajuk*:Qado" solat jamak qasar
Pertanyaan*:Assalamualaikum,
situasi:
saya solat jumaat dan slpsnya terus jamak takdim serta qasar solat asar.sampai dirumah didapati ada najis diblkg seluar dn baju saya( tidak sah kedua2 solat saya)
persoalan:
Untuk qadho kedua2 solat ini, yg mana sepatutnya sy lakukan diantara berikut:
1- qado" secara solat zohor dan asar (taman- 4 rakaat zohor & 4 rakaat asar)? atau
2- qado keduua2 solat tersebut secara jamak takdim serta qasar (zohor 2 rakaat & asar-2 rakaat)

Jazakallah
Jawapan:
Salam

Solat itu sah kerana najis itu tidak diketahui pada awal solat.. Najis itu disedari kemudiannya..

ALlah tidak membebani akan hambanya..

tk

Visitor IP: 2404:160:8117:844d:d52:f9e4:aac9:cce9

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, June 28, 2018

Soalan: Ingin tahu

Nama*:Wahidah
Tajuk*:Ingin tahu
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz,

Apa hukum suami mengatakan dengan isteri dengan nada gurau jika suami ingin jumpa isteri setahun sekali jika masing2 duduk berjauhan?

Terima kasih
Jawapan:
Salam

Itu tak ada apa-apa kaitan dengan cerai atau talak.. its ok..

berjauhan itu ada kalanya lebih baik.. dekat dekat asyik gaduh jer..

hehe..

tk


Visitor IP: 42.153.50.26

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 26, 2018

Soalan: Bertanya

Nama*:Samsul
Tajuk*:Bertanya
Pertanyaan*:Assalamualaikum wbt

Ustaz, saya nak bertanya :

1/. Jika Suami kata rupa anak perempuannya sama dengan rupa isterinya, adakah itu Zihar?

2/. Saya berkata pada Bapa saya "Mak saya (Mak Mertua saya) Tauke Emas itu (dengan Tauke Emas tu) saudara". Mak saya yang saya maksudkan Mak Mertua saya bukan Mak saya. Adakah itu Zihar? Saya tidak ada niat Zihar.

3/. Saya berkata pada Pakcik saya "Anak saya gilir2 jaga, kadang2 mak (saya) jaga kadang2 mak mertua saya jaga". Adakah itu Zihar? Saya tidak ada niat Zihar.

4/. Saya berkata pada mak saya " Isteri saya cakap dengan saya, Saya dengan Ali (anak saya) geng sama, Dia (Isteri saya) dengan Siti (anak saya) geng sama". Kemudian saya sambung berkata pada mak saya "Saya dengan Ali (anak saya) kira satu geng, Dia (isteri saya) dengan Siti (anak saya) kira satu geng". Adakah itu Zihar? Saya tidak ada niat Zihar.
Jawapan:
Salam

Ia tidak terjadi zihar.

orang luar bukan mahram tiada dikaitkan dengan hukum zihar

ia juga tidak zihar

kena cari google tentang zihar.. he he..

tk

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Pertanyaan

Nama*:Mohd
Tajuk*:Pertanyaan
Pertanyaan*:Assalamualaikum Ustaz

Ketika saya sedang menonton tv, saya tersenyum melihat telatah budak kecil yang sedang menyanyi.Lagu yang dinyanyikan oleh budak itu mempunyai lirik seperti perpisahan.Semasa saya tersenyum melihat gelagat budak itu sedang menyanyi lagu tersebut, saya memandang isteri saya yang sedang tidur mengiring membelakangkan saya ketika itu.

Adakah jatuh lafaz dalam keadaan sebegitu? Saya tidak ada niat.
Jawapan:


Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: zihar

Nama*:fazlan
Tajuk*:zihar
Pertanyaan*:assalamualaikum ustaz,

boleh jatuh tak hukum zihar bila tetiba suami teringat isteri dlm masa sama terfikir pasal hukum zihar dan cakap 'mak aku', tanpa menyebut anggota zihar? ketika itu suami bersendirian.
Jawapan:


Visitor IP: 115.135.216.160

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 24, 2018

Soalan: Talak

Nama*:Intan
Tajuk*:Talak
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz,
Sekiranya si suami bertanya dalam keadaan marah, " Kau nak aku ceraikan kau ker?". Lalu si isteri menjawab, " Kalau kau tk nak aku ko lepaskan aku". Lalu sekali lagi si suami bertanya " Kau nak aku ceraikan kau ker?". Lalu kali kedua si isteri menjawab " Aku cakap lepaskan aku" dengan niat untuk menjawab pertanyaan yang sama td cuma tanpa menyebut " kalau tk nak " seperti jawapan yang pertama daripada isteri tadi...

Tapi sebenarnya si isteri tidak ada niat untuk minta cerai daripada si suami..

Minta pencerahana ustaz. Terima kasih...
Jawapan:
Salam

ia tidak dikira talak..

Talak perlukan lafaz langsung dan terus...

masih berkalau kalau, ia tidak dikira talak..

tk

Visitor IP: 175.143.32.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, June 23, 2018

Soalan: Mengajuk Ucapan Cerai Isteri

Nama*:Sufian
Tajuk*:Mengajuk Ucapan Cerai Isteri
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz.

Saya ada pertanyaan tentang lafaz cerai. Baru-baru ini saya ada berbual dan bergurau dengan isteri tentang sikapnya yang suka bercakap benda yang tiada faedah dan mengarut ketika beliau marah.

Ketika itu saya ulang balik ayat-ayat yang gemar beliau gunakan ketika kami bergaduh, saya mengajuk ayat-ayat beliau seperti "ahh suka hati la", "lantak la", "entah tak tahu", "nk cerai cerai je la" dengan niat hendak mengajuk dan menyindir sikapnya yang suka cakap main lepas sahaja. Langsung tiada niat untuk saya menjatuhkan talak ke atas beliau.

Ketika itu baru saya perasan yang saya menyebut perkataan cerai dengan lidah saya sendiri. Namun apa saya niatkan cuma hendak mengajuk ayat isteri ketika beliau marah, dan tiada langsung niat saya untuk melepaskan beliau dengan lafaz tersebut.

Saya memohon nasihat dan pandangan dari pihak tuan. Saya amat sayangkan isteri saya.
Jawapan:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak. Talak terjadi dengan NIAT yang jelas dan lafaz yang terang.

tk

Visitor IP: 2001:d08:1028:f6ff:4c31:8df0:fd75:6a1a

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: gelar

Nama*:aman
Tajuk*:gelar
Pertanyaan*:slm ustaz,

jatuh kah apa apa hukum bila suami memarahi isteri dan menggelar isteri dengan panggilan binatang dan pelacur?

terima kasih tuan.
Jawapan:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak..

Bantulah suami untuk berbahasa dengan baik dengan isteri dan anak-anak..

tk

Visitor IP: 183.78.47.178

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, June 21, 2018

Soalan: Taklik Suami

Nama*:Nur Ain
Tajuk*:Taklik Suami
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz..

Apa hukumnya jika seorang suami telah melanggar taklik yang telah didaftarkan tanpa pengetahuan isteri. Dalam masa yang sama hubungan kelamin suami isteri berlaku dan isteri sedang mengandungkan anak. Apa status perkahwinan dan juga status anak yang dikandung? terima kasih ustaz.
Jawapan:
Salam

Taklik wajib diketahui isteri, jika taklik dibuat tanpa pengetahuan isteri, ia tidak dikira sah terutamanya taklik yang melibatkan perbuatan dan tingkah laku isteri..

tk

Visitor IP: 119.40.125.195

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: tentang talaq

Nama*:hamba allah
Tajuk*:tentang talaq
Pertanyaan*:assalamualaykum ustad moga ustad dalam lindungan allah selalu dan moga di mudah kan dalam setiap urusan amiin.
nak tanya ustad saya pernah begaduh dengan istri dan saya telah suruh pergi dari rumah yang saya ingin tanya jatuh kah talak di saat saya berucap pergi lah kamu di saat bersamaan di dalam hati dan pikiran ada terlintas akan percerayan mohon pencerahan nya ustaz apakah lintasan macam tu dah di kira niat dalam talaq kinayah.
Jawapan:
Salam

Jika suami berNIAT untuk ceraikan isteri pada saat dihalau isteri dari rumah, maka ia terjadilah TALAK.

Jika usiran itu tanpa NIAT cerai, ia tidak menjatuhkan talak.


tk


Visitor IP: 114.125.58.144

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 20, 2018

Soalan: Mandi wajib dan puasa

Nama*:Wan
Tajuk*:Mandi wajib dan puasa
Pertanyaan*:Assalamu'alaikum ustaz, saya nak tanya,
1. Selesai mandi wajib,saya ambil tuala dan lap sedikit, kemudian saya waswas sama ada saya ratakan ke tidak bawah mulut dan bahagian dagu.

Jadi,saya niat ' sahaja aku sambung mandi kerana haid fardhu atasku krn Allah taala. '

Lepastu, bila saya fikir balik, mandi tadi tu dah rata seluruh badan (mandi yang sebelum waswas datang).

Sah ke mandi wajib saya?

Saya perlu mandi wajib semula tak sebab saya tak pasti mandi wajib saya sah ke tidak sebelum ustaz beri jawapan kepada saya.

2. Kalau saya perlu qada puasa 1 hari. Kemudian, saya qada puasa tersebut tapi saya berbuka puasa sebelum waktu berbuka. Adakah puasa qada bertambah.? Maknanya 1 hari qada puasa ramadhan tambah dengan 1 hari puasa ganti yang tak jadi tu?
Jawapan:
Salam

Mandi itu sudah sah.. tidak perlu dirisaukan dan usah dilayan dengan gangguan syaitan..

Puasa tidak sah bila berbuka puasa terlebih awal, kecuali anda ada keraguan pada waktu berkenaan..

Qada puasa sehari sahaja.

tk

Visitor IP: 115.164.217.77

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 19, 2018

Soalan: talak

Nama*:sufian
Tajuk*:talak
Pertanyaan*:slm,

jatuhkah talak kalau suami betul betul dan bersungguh sungguh nak berpisah dlm hati tetapi tidak melafazkan talak?

tk
Jawapan:
Salam

Talak mesti dilafazkan barulah terjadinya sah talak..

tk

Visitor IP: 175.144.186.107

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Talak

Nama*:Far
Tajuk*:Talak
Pertanyaan*:Assalamualaikum.

Saya dan isteri telah bergaduh & isteri memaksa saya utk ceraikan isteri atau dia mengugut akan membunuh diri . Saya telah lafazkan perkataan cerai kan isteri bersertakan nama isteri tapi tanpa niat utk cerai . Hanya kerana keadaan yg sgt terpaksa kerana takut isteri akan cederakan diri atau bunuh diri . Adakah talak itu jatuh Ustaz? Saya telah menghubungi pejabat agama & mereka telah mengatakan bahawa talak telah jatuh. Tapi saya ada membaca hadis & kitab yg mengatakan talak tidak jatuh sekiranya suami dipaksa . Saya keliru talak jatuh atau tidak?
Jawapan:
Salam

Jika benar isteri memaksa untuk meminta talak, maka talak itu tidak sah..


Visitor IP: 113.210.103.112

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, June 16, 2018

Soalan: talak

Nama*:majid
Tajuk*:talak
Pertanyaan*:slm,

ustaz, saya kerap alami niat perpisahan, sehinggakan saya ada membuat isyarat 'pergilah' ketika ada niat cerai. isteri saya tak faham isyarat tu dan tak nampak isyarat tu.

saya dah tanya pej mufti selangor, ustaz sana ckp jumhur ulama bgtau tak sah talak isyarat bg org yg boleh berkata kata.

saya tengok soaljawab yg lepas lepas di blog ustaz pun, ustaz bgtau talak isyarat tak sah bg org yg tak bisu.

tapi saya tanya jakim, ustaz sana bgtau talak isyarat juga boleh berlaku kepada org tidak cacat.

jadi saya nak tahu pendapat ustaz tentang situasi saya di atas. berlaku kah talak? adakah ia di dlm khilaf ulama?

wslm
Jawapan:
Salam

Dalami ilmu asas tentang fiqh munakahat agar kita lebih tenang dan aman. tahu apa yang dihadkan oleh agama dan tahu batasan mana yang perlu diawasi.

tk

Visitor IP: 183.78.47.229

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuhkah talak

Nama*:cahayaiu86@gmail.com
Tajuk*:Jatuhkah talak
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz..
Sy ada kmushkilan sedikit bekenaan lafaz cerai yg blaku pada sy baru² ni..
Ada sdikit pertengkaran antara sy dan suami.
Dlm keadaan marah suami ada myatakan didalam whatapps :
1) Ok klau aku xdak tngjwb ok aku lps kan hg..
dan kemudian sy ada myatakan abg tau x jatuh talak abg ckp mcm tu..dan kmudian dia mbalas :
2) Ok je klau nak xde masalah xde la hg nk mrh2 nk tnsion2.
kmudian dlm nada sedih sy btanya..mmg itu yg abg nak kan...
kmudian dia mjawab :
3) Ok jgk klau ada org lbh baik dri aku ni blh jga n phm hg aku akan lps klau dah xnak n xberminat.
Dalam keadaan was² ttg status sy sy ada reply blik mmg dh jatuh pown..sy amat risau skiranya kata2nya itu btl2 bt sy hilang status sorg isteri..
dia mbalas :
4) Sat lgi aku lpskan talak btl nak sgt ke?
Bila keadaan dh reda sy ada mnanyakn suami adakah dia mlafazkn kata² itu dgn niat..? Dia nyatakan tidak..
pertanyaan sy skrg adakah jatuh talak keatas sy dgn suami..??
diharap ustaz dpt mbantu sy..

isteri yg buntu..
Jawapan:
Salam

Jika suami berniat untuk ceraikan isteri, maka ia adalah sah dan terjadinya talak..

Kena pastikan daripada suami.

tk

Visitor IP: 115.164.207.136

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, June 15, 2018

Soalan: qazaf

Nama*:hamba allah
Tajuk*:qazaf
Pertanyaan*:slm,
1. kalau seorg suami itu mengesyaki/ menuduh isterinya berzina tanpa bgtahu sesiapa termasuk isterinya dan apa yg disyaki itu tidak benar, adakah suami boleh dikenakan hukuman qazaf?

2. apakah itu li'an?
Jawapan:
Salam

Qazaf adalah pertuduhan yang disebut, dinyatakan dan dipersaksikan. jika keraguan sahaja timbul, eloklah meneliti dan berbincang semula dengan isteri agar keraguan itu dapat diatasi.

tk

Visitor IP: 183.78.47.99

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, June 14, 2018

Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Noor Hayati Arshad
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz. Saya cuma nakkan penjelasan. Saya isteri ke-2 pada suami saya. Saya cuma nak tau, suami ada sms saya dan dlm sms tu dia tulis "b dah lepaskan dia dan dah tak ada apa-apa lagi hubungan dgn dia". Dia yg dimaksudkn tu ialah isteri pertama. Adakah jatuh talak ataupun tidak?

Trm ksh ustaz.
Jawapan:
Salam

Talak tidak jatuh dengan lafaz sms seperti itu. Ia hanya pernyataan dan bukan penegasan kepada talak. Ia lebih kepada satu penipuan... hehe..

lelaki tetap lelaki.. op sorry..

tk
Visitor IP: 203.82.79.220

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, June 13, 2018

Soalan: tekad

Nama*:muhd
Tajuk*:tekad
Pertanyaan*:slm ustaz

boleh tak jatuh apa apa hukum contohnya cerai atau taklik atau lain lain kalau kita tekad dalam hati/ bercakap dalam hati?

wslm
Jawapan:
Salam

Talak perlu dilafazkan. Jia aada niat dalam hati, ia tidak dikira talak lagi.. tk

Visitor IP: 113.210.122.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 12, 2018

Soalan: isyarat

Nama*:hamdan
Tajuk*:isyarat
Pertanyaan*:slm,

ustaz saya risau sebab saya ada niat cerai dalam hati talak satu dan dalam masa yang sama saya angkat satu jari.

ketika tu saya bersendirian tanpa saksi. jatuh talakkah?
Jawapan:
Salam

Talak perlu dilafazkan sebagaimana lafaz NIKAH yang diucapkan dengan terang dan jelas..
tk

Visitor IP: 219.92.111.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz cerai

Nama*:Ayu
Tajuk*:Lafaz cerai
Pertanyaan*:Salam..
Ustad, saya nak tanya saya bergaduh besar dengan suami sehingga masing2 rasa penceraian adalah jalan yag terbaik. Tetapi di dalam hati saya tidak mahu berpisah dengan suami. Sewaktu bergaduh seingat saya suami ada berkata begini "Aku nak cerai sekarang jugak, aku tak nak tunggu sampai anak dah besar" dan "Kita cerai sekarang, tak payah tunggu lama-lama". Adakah telah jatuh talak apabila suami cakap begitu?
Jawapan:
Salam

Jika NIAT suami untuk TALAK pada ketika lafaz itu dibuat, maka terjadilah talak.

tk


Visitor IP: 43.252.233.6

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, June 11, 2018

Soalan 2: zihar

Nama*:basir
Tajuk*:zihar
Pertanyaan*:soalan 2

slm
maaf saya terlupa 2 soalan lagi

2. adakah jatuh zihar kalau suami cakap 'aku zihar kau'?

3. jatuhkah taklik zihar kalau suami cakap 'kalau buat benda ni jatuh zihar?
Jawapan:


Visitor IP: 210.186.16.49

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan 1: zihar

Nama*:basir
Tajuk*:zihar
Pertanyaan*:slm,

saya pertama kali tahu zihar secara taklik. bila tahu saya rasa saya pernah zihar secara taklik tetapi di dalam hati. sah kah zihar taklik dalam hati? perlukah saya bayar denda?
Jawapan:


Visitor IP: 210.186.16.49

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, June 9, 2018

Soalan: wakaf

Nama*:amran
Tajuk*:wakaf
Pertanyaan*:assalamaualaikum

ustaz, sah kah wakaf harta menggunakan perkataan 'lillahitaala' tetapi hanya menyebut dalam hati. tidak berlafaz lidah?
Jawapan:


Visitor IP: 183.78.47.85

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, June 8, 2018

Soalan: inginkan pandangan/pendapat

Nama*:muhaimin
Tajuk*:inginkan pandangan/pendapat
Pertanyaan*:salam,
ustaz,saya ingin bertanya tentang pandangan mengenai rakan saya ini..dia ini boleh dikatakan sudah lama tidak melaksanakan atau bersuci iaitu MANDI WAJIB..ada lah dalam hampir nak dekat masuk setahun..tetapi dia tidak ada melakukan perkara2 negatif seperti foya2 dan sebagainya..kali ini sudah nak masuk ramadhan yang tinggal berbaki beberapa hari sje lagi,dia mula terdetik baru nak mensucikan diri (mandi wajib) dan nak lakukan solat secara perlahan2..dia brtanya adakah Tuhan tetap akan terima perubahan itu setelah sekian lama dia menangguhkan perihal mandi wajib itu?adakah masih ada peluang untuk dia lakukan atau kembali semula fitrah yg asal dalam bulan ramadhan yang tinggal beberapa hari sje lagi ini?? mohon tolong rakan saya ini ustaz..assalam
Jawapan:


Visitor IP: 123.136.111.100

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai

Nama*:Sue
Tajuk*:Cerai
Pertanyaan*:Assalam ustaz. Sy ada selisih faham dgn suami.. suami dgn marah ada berkata pd sy.. 'klu camni awak pilih la sama ada awak nak sy ceraikan awak atau sy berhenti kerja'

Tp sy diam x menjawab apa2.. Mcm mne ye ustaz klu suami kata mcmtu, adakah jatuh talak tu? Sbb ade perkataan 'sy ceraikan awak' disitu. Mohon pencerahan
Jawapan:


Visitor IP: 183.171.87.218

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Cerai

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Cerai
Pertanyaan*:Kalau awak taknak dengar cakap saya kita bercerai jela.

Jatuhkah talak tu ustaz? Suami kata tak jatuh, tapi hati masih was was...
Jawapan:


Visitor IP: 183.171.87.218

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, June 5, 2018

Soalan: cerai

Nama*:amira
Tajuk*:cerai
Pertanyaan*:assalamualaikum

saya ada kemusykilan sikit dengan apa yang suami saya cakap semalam. ketika dia sendirian saya terdengar dia cakap 'best bercerai' atau 'best cerai'. saya terkejut dia cakap macam tu, tp saya tak berani tanya. itu kira lafaz jelas ke sebab ada perkataan 'cerai'? boleh jatuh talak ke?

waslm
Jawapan:


Visitor IP: 60.48.74.164

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak atau tidak

Nama*:Nida
Tajuk*:Jatuh talak atau tidak
Pertanyaan*:Salam uztaz. Semalam saya bertanya kepada suami kenapa nak berkahwin dengan saya sebab saya lebih tua dari dia. Suami dengan nada bergurau menjawab "Taknakla. Kalau taknak boleh tak?". Saya asyik terfikir berkenaan hal ini. Adakah jawapan suami itu akan jatuh talak?
Jawapan:


Visitor IP: 203.82.79.90

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, June 3, 2018

Soalan: Ibu cadang suruh cerai

Nama*:Aznil
Tajuk*:Ibu cadang suruh cerai
Pertanyaan*:Salam ustaZ.

Maaf sebab ada soalan yg pernah saya kemukakan sebelum ni tidak lengkap. Soalan di bawah ini bagi saya lebih lengkap..

ibu saya kata pada saya, "kau ceraikan saja dia, bagi dia rasa." dan saya hanya jawab ,"ok mak." tapi selepas tu saya tak juga menceraikan isteri saya dan hubungan kami pulih dan berjalan seperti biasa.

Cuma persoalan saya adakah boleh Jatuh talak di sebab kan jawapan "ok" pada cadangan ibu saya tu?
Jawapan:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak kerana tiada lafaz yang jelas pada perkataan yang diucapkan itu.

tk
Visitor IP: 183.171.122.65

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan 1: Sumpah

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Sumpah
Pertanyaan*:Lisa telah bersumpah memegang al-quran dan mengatakan bahawa dia tidak buat perkara yg dituduh kepadanya. Tapi sebenarnya dia memang melakukan perkara tersebut. Kini dia insaf dan sedar. Bagaimanakah cara untuk menebus dosa sumpah itu?
Jawapan:
Salam

kembalilah bertaubat, benar-benar bertaubat.. Hak Allah untuk mengampuni kita semua.

Mohon maaf kepada mereka yang kita khianati itu..

tk

Visitor IP: 68.235.61.19

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Zihar

Nama*:Hana
Tajuk*:Zihar
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz.
Ketika kami suami isteri melihat gambar saya dalam album perkahwinan kami, tiba-tiba suami saya mengatakan kepada saya, "muka awak serupa macam mak saya". Adakah ini dikira zihar?
Mohon ustaz dapat membantu.
Jawapan:
Salam

Ia tidak dikira zihar.

tk

Visitor IP: 115.164.50.45

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: kata kata hati

Nama*:kamarulzaman
Tajuk*:kata kata hati
Pertanyaan*:assalamualaikum ustaz

saya ni kalau duduk sorang sorang akan ada dalam hati perkataan perkataan yg mengeji allah. saya cuba lawan tetapi dia kerap dtg. kadang kadang berhari hari. ada waktunya benda ni tak ada pula mengganggu. apa yang saya amalkan skrg saya buat je apa yang allah suruh dan meninggalkan benda benda yang allah larang. saya takut saya murtad. apa yang perlu saya buat. bolehkan saya tak ambil peduli benda ni.
Jawapan:
Salam

Rawatilah penyakit hati anda dengan banyak berzikir dan istighfar.

Banyakkan tilawah al-Quran dan bina keyakinan diri dengan mendalami ilmu agama sebaiknya.

Allah maha tahu apa yang kita lakukan..

tk




Visitor IP: 219.92.111.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan 1: talak tulisan

Nama*:wan
Tajuk*:talak tulisan
Pertanyaan*:assalamualaikum ustaz

kalau suami menulis kata kata cerai utk isteri tetapi telah memusnahkan tulisan itu sebab batalkan niat cerai, adakah telah berlaku talak?
bila jatuhnya talak menerusi tulisan? ketika menulis atau menghantar atau setelah isteri membaca?

terima kasih.
Jawapan:
Salam

Ia tidak jatuh, kerana suami membatalkan sebelum ia disampaikan kepada isteri.

Tulisan itu sah apabila disampaikan kepada isterinya.

tk

Visitor IP: 1.32.124.196

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: was was jatuh talak atau tidak

Nama*:Aliah
Tajuk*:was was jatuh talak atau tidak
Pertanyaan*:Assalamualaikum ustaz,
Semalam saya bergaduh besar dengan suami, dan sya menyuruh suami menceraikan saya. selepas itu dlm keadaan marah suami saya menelefon ibunya dan mencritakan hal yg berlaku antara kami, dlm keadaan marah juga suami sya berkata kepda ibunya "dia nak cerai, takpe aku bagi cerai" adakah jatuh talak? terima kasih ustaz.
Jawapan:
Salam

Pada pendapat saya ia tidak jatuh talak kerana ia tidak ditujukan (dihadapkan) kepada isteri secara langsung. Ia lebih kepada pernyataan suami..

mohon maaf, itu pendapat itu.



Visitor IP: 123.136.106.67

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, June 2, 2018

Soalan: Kena kafarah ka

Nama*:Zam
Tajuk*:Kena kafarah ka
Pertanyaan*:Salam ustaz..berkenaan dengan soalan saya tempohari iaitu nazar jika saya sembuh saya bernazar untuk berhenti merokok tetapi saya melanggarnya dan merokok semula..apakah yang patut saya lakukan..adakah saya di kenakan kafarah
Jawapan:
Salam

maaf, saya tak tahu hal ini..

tk

Visitor IP: 183.171.123.193

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan 1: soalan

Nama*:pa an
Tajuk*:soalan
Pertanyaan*:slm ustaz,

jatuh talak kah bila suami menyebut perkataan lafaz soreh dalam hati sambil memandang dan menunjuk tangan kepada isteri? isteri tak pandang. suami isteri baru lepas bertengkar.
Jawapan:
Salam

Mana ada lafaz soreh dalam hati?

Lafaz itu perkataan yang disebut.. kalau dalam hati, itu niat dan qasad..

talak perlu dilafazkan dengan terang dan jelas untuk menjatuhkan talak.. tk


Visitor IP: 219.92.111.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Nazar berhenti merokok

Nama*:Zam
Tajuk*:Nazar berhenti merokok
Pertanyaan*:Saya pernah bernazar ,jika sembuh saya nak berhenti merokok. Tetapi setelah sembuh, saya tidak dapat membuang ketagihan saya untuk merokok semula. Berdosakah saya?
Jawapan:
Salam.

Nazar untuk buat benda baik, itu berpahala.

Rokok itu haram dan ditegah. ia tidak perlu dinazarkan, cukup untuk anda berhenti merokok sahaja...

dikit demi dikit, berhentilah merokok..

tk

Visitor IP: 183.171.121.19

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA