Soalan: Taklik
Nama*: | Hawa |
Tajuk*: | Taklik |
Message*: | As salam ustaz,
Saya pernah jatuh talak 1 sblm ini. Selepas saya rujuk semula dgn suami, saya telah minta suami berjanji, dimana "kalau abang pukul sayang lagi, jatuh talak". Suami jawab "ok".
Suatu pagi, telah berlaku perselisihan faham antara kami. Pada mulanya, suami telah menolak saya dan kemudian menyepak saya beberapa kali kerana kami telah berebut anak saya yang berumur 2 tahun. Anak saya ketika itu berada dalam dukungan suami.
Sejurus selepas itu, suami telah pulang ke rumah ibu dan menceritakan bahawa kami telah bercerai talak 3. "Mak, saya dan isteri telah jatuh talak 3". Suami terlupa ketika itu dan menyangka itu adalah talak 3.
Soalan saya:
1. Adakah berlaku taklik? Dan telah jatuh talak?
2. Suami bercerita talak 3 kepada ibunua, adakah talak berlaku? |
File Upload: | |
Salam
Taklik "kalau abang pukul, jatuh talak' adalah sah dari segi hukumnya. PErbuatan suami menyepak dan memukul itu menjadikan talak ke dua telah terjadi dengan sebab adanya taklik.
Ia bukan talak tiga seperti didakwa suami.
tk
Visitor IP: 123.136.106.63
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.