Soalan: mimpi
Nama*: | en.razali |
Tajuk*: | mimpi |
Message*: | assalam,tuan ustaz,saya mahu bertanya..jika saya bermimpi ghairah dan bila bangun saja dari tidur itu,saya lihat diseluar dan kemaluan saya tidak ada sebarang kebasahan..meskipun semasa tidur tadi saya berasa sedap..jadi bila saya bangun saya lihat tidak ada apa2 pula kebasahan..kemluan pun kelihatan kering..tak mungkin jika keluar mani dan ia kering dalam waktu yg singkat dan cepat..jdi tuan ustaz,jika keyakinan saya 50-50 sama ada saya berhadas besar atau tidak,saya nekad tidak ikut rasa was2 itu dan memilih untuk tidak mandi hadas dan terus bersolat..adakah itu tindakan yang tepat? saya risau jika ikutkan was2 perasaan seperti itu menyebabkan saya jadi hanyut..kerana mandi wajib saya pun terlalu lama saya lakukan..tuan ustaz,berdasarkan apa yang saya ckpkan ini,memadai tak dengan perbuatan saya iaitu tidak ambil peduli,dan meskipun 50-50 perasaan itu,saya abaikan saja..mohon tuan berikan penjelasan..tk |
File Upload: | |
Salam
Jika dipastikan tiada air mani yang keluar, tidaklah perlu mandi hadas besar. Berpegang kepada ilmu bukan was was..
tk
Visitor IP: 183.171.21.86
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.