Soalan: Adakah ia zihar?
Nama*: | Filza |
Tajuk*: | Adakah ia zihar? |
Message*: | Salam ustaz,
Muka anak lelaki saya seiras dan serupa dengan suami saya iaitu ayahnya.
Saya pun berkata kepada suami :
"Muka anak kita ni serupa sangat dengan abang(suami saya), nanti bila dah besar,mesti orang cakap / ingat macam adik beradik pulak / orang ingat adik beradik",..
Suami cakap "ha'a" dan senyum...
Boleh dikira zihar ke ustaz sebab suami mengiakan dengan berkata "ha'a"..
Bila saya kata mcm adik beradik, macam kiranya saya ni mak kepada suami pula, Ia dikira ZIHAR ke ?
Tk |
File Upload: | |
Salam
Taklah terjadinya zihar dlm kes seperti ini.. Zihar terjadi dengan sebab kebencian kepada isteri..
tk
Visitor IP: 113.210.52.235
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.