Soalan: bahagian tidak kena air
Nama*: | mohd saufi |
Tajuk*: | bahagian tidak kena air |
Message*: | salam..ustaz,saya selesai mandi hadas dan kemudian saya bersolat di masjid.setelah slesai saya teringat macam saya tidak gonyoh dengan air pada bahagian tangan..tapi bila fikirkan semula semasa saya meratakan air seluruh tubuh dengan menggosok gunakan tangan mestilah air memang kena pada bahagian tangan..untuk elak was2 juga saya terus pergi ke paip masjid itu dan basuh kedua tangan itu...perlu buat mcmtu atau abaikan saja ustaz yg sebenarnya masa mandi tu tadi air memang kena dan alir pada tangan itu?? mohon ustaz berikan jawapan situasi saya ini |
File Upload: | |
Salam
Bila dah mandi dan siram badan habis... maka sahlah mandinya..
Penyakit was-was itu yang perlu dibuang..
tk
Visitor IP: 183.171.171.93
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.