Soalan: Pengesahan Status Perkahwinan
Nama*: | Haryana |
Tajuk*: | Pengesahan Status Perkahwinan |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz,
Saya nak bertanya, selama ni saya tidak pernah bergaduh dengan suami atau melakukan perkara yang boleh menyebabkan satu perceraian. Cuma sikap dan tabiat suami saya yang suka menyembunyikan status diri apabila berminat dengan seseorang perempuan.
Baru2 ini saya dapat tahu suami ada hubungan sulit dengan seorang janda anak 2 dan menyebabkan saya tertekan dan bertanya dengan suami kenapa perlu bersikap demikian sekali lagi. Setelah diselidiki, rupa2nya suami memberitahu perempuan lain dan rakan-rakannya yang lain bahawa saya dengan suami telah bercerai lama sedangkan kami masih suami isteri yang sah.
Adakah niat suami untuk menyembunyikan status untuk mendapat perhatian seorang perempuan akan menyebabkan jatuh talak terhadap saya. Tolong bantu saya segera ustaz sebab saya dah merujuk dengan pihak agama berkaitan perkara ini. |
File Upload: | |
Salam
Selagi tiada lafaz cerai yang terang dan jelas daripada suami, tiadalah terjadinya talak.
Pengkuan bujang drp suami tidaklah menjatuhkan talak... itu strategi lelaki nak menipu.. hehe..
tk
Visitor IP: 219.92.102.40
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.