Sunday, April 22, 2012

Soalan: Salah lafaz

Nama*:elizah
Alamat Email:
Tajuk*:Salah lafaz
Message*:Assalamua'laikum ustaz.. Suami pernah melafazkan talak satu tahun lepas tetapi kami telah rujuk.. Tetapi semalam kami telah bertengkar dan suami melafazkan "Jika kau keluar dari rumah ni, akan jatuh talak satu".. dan saya telah keluar dari rumah tetapi suami ikut bersama.. Soalan nya:
1. Adakah jatuh talak dua atau satu?
2. Bagaimana status kami sekarang?
3. Bagaimana untuk rujuk sekiranya telah jatuh talak dua?
File Upload:

Salam.

Subhanallah... Puan, dalam hal ini, puan kena dapatkan 'maksud sebenar' lafaz taklik yang diucapkan oleh suami puan. Adakah ia bermaksud tidak boleh keluar sama sekali tanpa sebarang alasan, ATAU tidak boleh keluar tanpa izin, ATAU tidak boleh keluar selain kerana berkerja dan sebagainya.

Penjelasan maksud taklid itu penting kerana lafaznya adalah umum. Jika suami sendiri yang keluar bersama-sama puan pada hari berkenaan, dengan izinnya jua, secara logiknya ia tidaklah jatuh talak. Tetapi puan kena pastikan dahulu apakah sebenar yang dimaksudkan oleh suami puan tentang lafaz taklik yang dikemukan.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 58.26.127.156

Powered by EmailMeForm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA