Sunday, April 22, 2012

Soalan: Lafaz Taklik

Nama*:Dira Malik
Alamat Email:deetopaz@yahoo.com
Tajuk*:Lafaz Taklik
Message*:Assalamualaikum....
Saya ada kemusykilan berkenaan lafaz taklik..pada 8 tahun yang lepas,suami saya ada menulis&melafazkan taklik seperti berikut:

Apabila saya mengkhianati kepercayaan isteri saya dengan:

1)menjalinkan sebarang hubungan intim iaitu melakukan perbuatan2 intim yang bertujuan menaikkan ghairah seks tanpa tipu muslihat&tanpa paksaan dari mana2 pihak lain samaada berserta persetubuhan atau tidak,dengan wanita lain selain isteri saya tanpa ada keuzuran di pihak isteri saya spt mandul,sakit,uzur jasmani utk melakukan persetubuhan,gila&lain2.

2)menjalinkan hubungan terlarang tanpa tipu muslihat&tanpa paksaan dari pihak lain,dengan lelaki atau khunza.

3)minum minuman yang memabukkan atau menggunakan pil khayal hingga membawa kemudaratan.

maka ketika itu tertalaklah ia dengan talak satu.

rumahtangga kami telah 2 tahun bergolak.Baru2 ini saya telah melakukan solat istikharah bagi memohon petunjuk dari Allah samada mahu meneruskan perkahwinan ini atau berpisah...Gerak hati saya merasakan bahawa suami saya ada melanggar taklik.Saya bertanya kepada beliau tetapi beliau menafikan.saya ulangi lagi solat istikharah.Dan gerak hati saya semakin kuat merasakan bahawa beliau ada melanggar taklik.Kemudian barulah suami saya mengatakan MUNGKIN dia ada melanggar taklik dengan melakukan perbuatan yang pertama(1)diatas iaitu melakukan sentuhan yang memberahikan terhadap seorang wanita di tempat kerjanya dengan alasan perbuatan itu hanya gurauan.Ianya terjadi sudah lebih 1 tahun yang lepas.Adakah perbuatan itu mengakibatkan berlakunya perlanggaran taklik?

Saya amat berharap Tuan dapat menjawab kemusykilan saya ini..wassalam..
File Upload:
JAWAPAN:

Mohon maaf atas kelewatan membalas email ini.

Lafaz taklik adalah akujanji suami atas perlakuan atau perbuatan sama ada pada isteri atau suami yang berkaitan dengan hubungan perkahwinan (talak). Contohnya suami berjanji (bertaklik) tidak meninggalkan isteri selama 4 bulan berturut-turut tanpa nafkah maka jatuhlah talak satu, maka perlakuan meninggalkan isteri dalam tempoh berkenaan akan menjadikan talaknya jatuh.

Lafaz taklik tidak boleh dipermain-main, ia boleh berlaku tanpa disedari. Contohnya; "... Ahh Sayang, kalau abang langgar kereta kat depan tu, jatuh talak (abang ceraikan) Yang dengan talak satu". Ditakdirkan Allah, suami terlanggar betul kereta di hadapannya, maka jatuhlah talak.

Mengenai isu suami puan di atas, saya pasti ia dibuat tanpa paksaan sesiapa, atas kerelaannya sendiri pada ketika itu. Seandainya dia telah melanggar taklik yang dibikinnya sendiri (seperti Perkara Satu), maka jatuhlah talaknya.

Dalam hal ini, suami perlulah mengakui pelanggaran takliknya, bagi memastikan talaknya telah jatuh.

Oleh itu, puan perlulah mendapatkan kepastian sebenar daripada suami sama ada perlakuannya itu betul-betul terjadi, atau tidak. Jika ia betul-betul terjadi tanpa paksaan, maka terjadilah hukum taklik; yakni jatuhlah talak satu.

Wallahuaklam


Visitor IP: 123.136.106.2

Powered by EmailMeForm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA