Nama*: | mawar |
Alamat Email: | puansri72@yahoo.com |
Tajuk*: | edah |
Message*: | Assalamualaikum... saya ingin bertanya bagi seorang isteri yang masih dalam edah kerana kematian suami boleh atau tidak beliau ke surau dan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara beliau? Sekian terima kasih. |
Jawapan: |
Salam.
Edah bagi seorang isteri ialah tiga kali suci (haid) atau pun setelah melahirkan anak.
Tiada pantang larang semasa edah yang ditetapkan Islam, hanya budaya Melayu meletakkan beberapa panduan agar perempuan berkenaan terpelihara daripada perkara yang tidak baik.
Dalam kes ini, puan dibolehkan untuk menghadiri kenduri kendara atau apa-apa majlis yang umum dan terbuka asalkan sahaja kita menjaga adab sopan sebagai seorang muslimah. Untuk ke masjid dan surau, ia tentunya tiada halangan.
Selamat beribadah.
Prof Madya Haji Ahmad Nawawi Yaakob
Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri)
UiTM Johor
85009 Segamat
07-9352454
013-7759965
http://ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com/
Edah bagi seorang isteri ialah tiga kali suci (haid) atau pun setelah melahirkan anak.
Tiada pantang larang semasa edah yang ditetapkan Islam, hanya budaya Melayu meletakkan beberapa panduan agar perempuan berkenaan terpelihara daripada perkara yang tidak baik.
Dalam kes ini, puan dibolehkan untuk menghadiri kenduri kendara atau apa-apa majlis yang umum dan terbuka asalkan sahaja kita menjaga adab sopan sebagai seorang muslimah. Untuk ke masjid dan surau, ia tentunya tiada halangan.
Selamat beribadah.
Prof Madya Haji Ahmad Nawawi Yaakob
Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri)
UiTM Johor
85009 Segamat
07-9352454
013-7759965
http://ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com/
Visitor IP: 203.82.82.58
Powered by EmailMeForm
Puan,
ReplyDeleteWalau bagaimanapun terdapat larangan didalam edah cerai hidup.
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/43350
agbr (Admin)
Puan Mawar,
ReplyDeleteTempoh dan larangan ketika edah kematian suami jelas diterangkan oleh Al-Quran dalam Surah Al-Bakarah 2:234 dan 2:235. Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dan larangan pula menerima pinangan secara rasmi kecuali berkias.
"Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa idahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syarak) dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan". Al-Bakarah 2:234
Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. Al-Bakarah 2:235.
Walau bagaimanapun perlu direnung hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim;
"Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung lebih daripada tiga hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi, kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja."
Tetapi Nabi tidak pula menghalang keluar rumah untuk tujuan keperluan kehidupan dan beribadah.
" Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya daripada keluar memetik nakhil, maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda; Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik. "
Wallahualam
-Admin