Monday, April 16, 2012

Soalan: rujuk cerai

Nama*:faizah
Alamat Email:
Tajuk*:rujuk cerai
Message*:salam..saya inginkan kepastian..adakah sy dgn suami sudah bercerai..suami telah menyatakan pada saya."sampai di sini sahaja jodoh kita" dalam keadaan marah...melalui facebook..selang beberapa minit kmudian suami sy ingin merujuk kembali kerana menyesal brkata demikian..adakah rujuk itu sah?.dan adakah kami masih suami isteri...blh ker rujuk melalui telefon atau guna skype sebab suami sy skrg berada di luar negara...
Jawapan:


Perkara berkaitan cerai dan nikah tidak boleh dibuat main, Ia akan terjadi hukumnya dengan apa yang diucapkan. Jika suami puan bermaksud 'sampai di sini sahaja jodoh kita' dengan maksud cerai, maka jatuhlah cerai dengan talak satu. Soal marah dan tidak marah tidak timbul di sini, asal sahaja suami puan menyebut atau memberi arahan dengan makna 'cerai', maka jatuhlah cerainya. Rujuk juga boleh berlaku dan sah dengan tindakan suami puan seperti itu, walaupun menggunakan sms, skype dan sebagainya. Haruslah diingat, walaupun rujuknya sah, tetapi telah berlaku satu talak dalam kes ini. Setelah dirujuk, bererti puan adalah isteri yang sah kepada suami puan. Semoga puan berbahagia dan berjaya melayari bahtera rumahtangga.

Prof Madya Haji Ahmad Nawawi Yaakob
Timbalan Rektor (Penyelidikan & Jaringan Industri)
UiTM Johor,
85009 Segamat.
07-9352454 013-7759965
http://ahmadnawawiuitmjohor.blogspot.com/

Visitor IP: 203.82.92.81

Powered by EmailMeForm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA