Monday, April 23, 2012

Soalan: Perihal cerai dan rujuk

Nama*:Johu
Alamat Email:johu007@yahoo.com
Tajuk*:Perihal cerai dan rujuk
Message*:Saya ada kemusykilan tentang hal cerai dan rujuk.
Situasinya seperti berikut:
Dalam keadaan marah, si suami telah melafazkan "Aku ceraikan kau" dan diulangi sekali lagi "Aku ceraikan kau" sebagai penekanan atau penegasan supaya dpt didengar dgn jelas oleh si isteri.
Soalan saya ialah adakah lafaz cerai itu dikira jatuh talak 1 atau jatuh talak 2?
Bagaimanakah proses untuk si suami rujuk kembali kepada si isteri?
Terima kasih.
File Upload:

Dalam kes ini, talak telah jatuh. Satu talak atau dua talak? Jika benar yang diulang itu sebagai satu penegasan seperti yang didakwa, maka jatuhlah talak satu. Tetapi jika suami bermaksud dengan dua kali talak, maka jadilah dua talak. Kena dapatkan penegasan daripada suami yang melafazkan talak ini.

Rujuk boleh dilakukan oleh suami pada bila-bila masa dalam tempoh edah. Ia dilakukan dengan mengajak (atau merujuk) kepada isteri untuk kembali sebagai suami dan isteri.

(Dalam kes di Malaysia, sebarang perceraian dan rujuk hendaklah dibawa ke pengetahuan mahkamah syariah. Kena dimaklumkan kepada pejabat agama (pejabat kadi) bagi tujuan pendaftaran dan pengesahan status. Jawapan di atas hanya berpandukan hukum asal syarak namun hukum negara perlu dipatuhi).

Terima kasih.

Visitor IP: 60.52.88.125

Powered by EmailMeForm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA