Friday, March 3, 2017

Soalan: taklik

Nama*:sarah
Tajuk*:taklik
Message*:Assalammualaikum ustaz,
Saya nak tanya suami ada melafazkan taklik iaitu:
sekiranya dia tngk video lucah dan gambar lucah jatuh talak
Dan dia ada tngk gambar tu tp dia tidak mengaku... Katanya itu
hanya gmbar seksi wlpn gmbar tersebut gambar perempuan separuh bogel.
Adakah jatuh talak?
File Upload:
Salam

KEnapalah buat taklik yg sebodoh itu, kan akhirnya menyusahkan hidup sendiri..

Jika benar begitu takliknya, maka perlakuan melihat video lucah atau gambar lucah akan menyebabkan terjadinya talak..

Apabila terjatuhnya talak, kenalah rujuk kembali.. dan taklik yg lalu akan terbatal dng sendiri.

tk

Visitor IP: 113.210.97.177

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: niat ugutan

Nama*:hairuddin
Tajuk*:niat ugutan
Message*:Pada suatu hari belaku pergaduhan dengan isteri saya, kerana terlalu marah saya melafazkan cerai padanya tetapi ketika saya melafazkannya terlintas dihati tidak mahu bercerai dan saya mengubah niat dan lafaz saya menjadi "aku ceraikan jer la kau senang kang!" saya menambah perkataan kang itu adalah untuk menjadi satu ugutan... kerana segalanya berlaku dengan pantas saya bimbang adakah tertalak isteri saya walau pon saya telah mengubah niat dan lafaz ketika itu?
File Upload:
Salam

Lafaz yg disebut jika benar ada perkataan 'senang kang'.. ia boleh menidakkan terjadinya talak dalam kes ini..

suami kena bijak dalm hal yg seperti ini... tk

Visitor IP: 210.48.222.9

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, February 28, 2017

Soalan: Bertanya tentang Zihar

Nama*:Anaz
Tajuk*:Bertanya tentang Zihar
Message*:Assalamualaikum wbt

Ustaz....Saya ada beritahu pada adik perempuan saya yang isteri saya pipinya dah berisi atau tembam sama macam pelakon Rosnah Mat Aris....kemudian saya berkata pada adik perempuan saya "Betullah Rosnah Mat Aris kan pipi dia tembam dah buyut" dan saya sambung semula dengan nada bergurau "Macam pipi YA (adik perempuan saya) buyut atau tembam".

Soalan saya Ustaz.....adakah jatuh hukum zihar?

Saya benar-benar tiada niat zihar dan semasa saya berbual dengan adik perempuan saya,isteri saya tiada ketika itu.
File Upload:
Salam

Tidak terjadinya zihar krn tiada niat utk zihar pada ungkapan berkenaan.

tk

Visitor IP: 60.52.64.86

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: lintasan hati

Nama*:ramli
Tajuk*:lintasan hati
Message*:Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya masa saya solat berjemaah di surau, datang lintasan hati mengenai cerai, saya rasa saya tak sebut pun cuma macam ada pergerakan dalam mulut, jika saya sebut mesti saya dengar dan solat saya batal, saya tak hiraukanlah benda tu, kemudian lepas solat seorang jemaah sebelah saya memandang ke arah saya, lama jugak dia pandang, tapi saya tengok dia bukan pandang saya, macam anak mata dia tu pandang ke arah jemaah lain. saya jadi risau mari fikiran saya ada cakap sesuatu ke masa solat yang dia dengar sehingga dia toleh ke arah sebelah saya. fikiran ini menghantui saya. padahal saya dah yakin saya tak cakap apa yang terlintas dalam hati mengenai talak, hanya ada pergerakan dalam mulut sahaja. takkan laa saya tak dengar tapi jemaah sebelah saya boleh dengar. saya pun tak rasa saya ada bercakap. ke saya tidak perasan. bantu saya ustaz. saya sebenarnya pernah pergi ke mahkamah syariah untuk bicara macam-macam kes lintasan hati, alhamdulillah hakim cakap tak jatuh talak, tapi kali ni situasi lain pulak. pening dah saya ustaz. bantu saya. jatuh ke talak kalau macamni, perlu ke saya cari semula jemaah tu tanya dia saya ada cakap apa-apa, saya pun dah tak berapa ingat muka jemaah tu.
File Upload:
Salam

Usah bermain dan melayan dengan lintasan hati. Lagilah lintasan hati utk cerai.

Baiki diri anda, ubati penyakit bersarang dalam diri anda iaitu was was dan keraguan pd diri sendiri.

Talak tidak akan terjadi tanpa ada niat dan qasad utk cerai.

tk
Visitor IP: 210.195.148.69

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, February 27, 2017

Soalan: Sah ke Talak lima?

Nama*:Liza
Tajuk*:Sah ke Talak lima?
Message*:Assalamualaikum ustaz

Sy musykil dgn ucapan suami saya.
Kami bertengkar drpd Whatsapp dan sy telah mcabar suami agar mceraikan saya. Setelah pulang dia bersikap seperti biasa, tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan. Dan saya sekali lagi memulai pertengkaran kerana saya mencium bau arak pada bajunya. Saya tanya dia: Kau minum ke? Dia kata YA. Setelah lama bertengkar, mak saya telah menyuruh suami menceraikan saya. Dan dia bertanya kepada mak saya: Betul mak nak saya cerikan dia? Dan mak saya menjawab: Ya Ceraikan dia.

Then suami saya pun berkata: Aku ceraikan kau dgn talak 5. Saksi pada ketika itu mak dan ayah saya serta mak saudara saya. Sah atau tidak lafaz talak suami tersebut?
File Upload:
Salam

Sah talaknya dan terjadilah talak TIGA. yang LIMA itu lebih sangat... maka jadilah talak tiga sahaja dan tidak boleh dirujuk semula..

tk

Visitor IP: 123.136.106.62

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, February 26, 2017

Soalan: Adakah jatuh talak

Nama*:Toi
Tajuk*:Adakah jatuh talak
Message*:Salam ustaz,

Ketika saya baru nak berehat dari kepenatan,

Isteri saya memanggil saya untuk membuat sedikit kerja.

Lantas saya pun ada sedikit marah lalu mengatakan ' Ish, Dia ni memang tak boleh la...'.

Kemudian ada lintasan hati menyambung dalam hati ' tak
Boleh la jadi isteri'.

Kemudian saya cepat2 melafazkan ' dia ni memang tk
Boleh la tengok aku senang sedikit'.

Adakah jatuh talak begitu? Kerana ada lintasan hati menyambung selepas saya ucap 'dia ni memang tak boleh la.'

Terima kasih.
File Upload:
Salam

Lintasan hati spt itu tidaklah terjadinya talak.

usah dilayan was-was dan keraguan spt itu.. baiki diri anda.

tk


Visitor IP: 1.9.52.158

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, February 23, 2017

Soalan: bintikan hitam pada tapak kaki

Nama*:muhd saufi bin husaini
Tajuk*:bintikan hitam pada tapak kaki
Message*:salam ustaz, nk tanya, saya selesai melaksanakn mandi wajib, kemudian terus pergi ke masjid dan bersolat jemaah. balik dari solat itu, saya perasaan ada bintikan hitam pada tapak kaki. lalu saya terus pergi ke bilik air dan hilangkan trus bintik itu. adakah cara itu memadai dan sah? tak perlu sampai nak mandi semula kan? walaupun dah siap solat dan lepas dari itu nampak memadai basuh saja kan bahagian itu memadai? saya fikir ia lepas dari mandi sebab masa saya keluar bersolat mesti ada pijak kasut, pijak lantai dan apa2 an.. tapi saya dah nampak itu balik dari solat tu memadai basuh saja bahagian itu sja kan ustaz? tak perlu sampai nak mandi balik kan?
File Upload:
Salam

Sah solat anda.. CUma tempat yang berbintik itu, kena basuh lah...

tk

Visitor IP: 107.167.112.73

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik

Nama*:shasha
Tajuk*:taklik
Message*:As Salam Ustaz. Seorang suami suka memaki isterinya. satu hari mereka bergaduh. Kemudian suami minta maaf. Isteri suruh suami lafaz taklik sekiranya suami memaki lagi isterinya maka jatuh talak. Suami pun bersetuju lafaz taklik tersebut. kemudian tak lama lepas tu mereka bergaduh lagi dan suami telah memaki isterinya. Adakah jatuh talak?
File Upload:
Salam

Jika benar makian menjadi syarat kepada taklik, maka pelanggaran taklik dengan sebab MAKI maka jatuhlah talak tersebut. Terjadilah talak satu.

tk

Visitor IP: 202.52.149.254

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA