Monday, October 3, 2016

Soalan: Lafaz Talak

ACTION REQUIRED - We are notifying you that your form or survey is approaching the entry limit (10 left).

To continue receiving detailed entry data via emails, please log into the system to reset your limit (if applicable) or upgrade your plan in the Accounts area. Thank you.

Nama*:MJN
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Asalamualaikum.

Sebelom ini saya ada menghantar email tentang masalah menceraikan isteri kedua dengan talak 3. Saya berharap semoga jawapan kepada soalan saya itu dapat di forwardkan ke email saya 
File Upload:
Salam

Maaf saya tak dapat ikuti kes ini


Visitor IP: 14.192.211.174

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Lafaz Talak

Nama*:Mohd J N
Tajuk*:Lafaz Talak
Message*:Asalamualaikum.
Pada tahun 1987 saya telah bernikah dengan isteri pertama di sabah. Pada sekitar tahun 2007 saya bernikah seorang lagi iaitu seorang janda.

Isteri pertama telah berkali-kali meminta di ceraikan semenjak saya bernikah lain. Namun tetap saya pertahankan. Sekitar tahun 2010 dalam usaha saya untuk memujuk isteri pertama ini supaya tidak terus meminta cerai, saya telah menulis pesanan melalui facebook yang mengatakan saya telahpun menceraikan isteri yang kedua dengan talak 3. Tujuan hanyalah sebagai bahan untuk memujuk.

Usaha memujuk ini gagal dan akhirnya saya akur dengan permintaan isteri pertama dan kami disahkan bercerai di mahkamah Kota Kinabalu pada tahun 2014.

Apa yang menjadi masalah saya adalah, entah bagaimana dan dari siapa, saya sendiri tidak pasti, rupanya tulisan yang seharusnya di baca oleh isteri pertama itu telah diketahui oleh isteri kedua. Maka terjadilah pula pergeseran antara kami. Isteri kedua berpendapat dia sudah pun di ceraikan walaupun saya mempertahankan bahawa saya menulis itu hanyalah sebagai usaha untuk memujuk isteri pertama. Saya juga menjelaskan bahawa saya tidak pernah melafazkan itu kepada dia secara lisan ataupun bertulis. Dia mendapat tahu tentang tulisan saya itu bukan dengan kehendak atau izin saya.

Soalan saya.
Apakah telah gugur talak kepada Isteri kedua saya?.

Sekian terima kasih
File Upload:
Salam

Maaf ya saudara..

Jikai ikutkan kes, mahkamah telah putuskan berlakunya perceraian pada tahun 2014.. Bermakna kes ini tealhpun dibicarakan dan diputuskan mahkamah sedemikan rupa. Maksudnya, perceraian dengan isteri kedua telah sah dan valid dengan keteraran yang dikemukakan kepada mahkamah.

Keputusan mahkamah hendaklah diterima dan diikuti.

tk

Visitor IP: 14.192.211.174

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: nazar atau tidak

Nama*:zati
Tajuk*:nazar atau tidak
Message*:salam. saya ada membeli barang, kemudian ditipu oleh penjual. tetapi ada kebarangkalian untuk mendapat semula wang yang ditipu itu. soalan saya adakah dikira nazar sekiranya saya berkata kepada isteri "nanti kalau kata kita dapat balik duit tu, kita ambil duit tu jela buat aqiqah anak" (saya tak berniat untuk nazar) sekadar kata nak guna duit tu beda buat aqiqah anak.
File Upload:
Salam

Jika saudara tidak mengaitkan duit itu dengan nazar, maka tidaklah ia terjadi nazar. Nazar itu mestilah disebut dengan jelas seperti ayat; saya bernazar jika dapat duit itu, saya akan akikahkan anak saya..

tk

Visitor IP: 183.78.62.17

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Was-was dengan lintasan hati

Nama*:Malique
Tajuk*:Was-was dengan lintasan hati
Message*:Salam. Saya seringkali bergurau dengan isteri saya, namun baru-baru ni isteri saya bergurau dengan mengeletek sy sedikit over kemudian membuatkan sy tidak selesa. Saya pun berkata 'pergi kau dari sini' (bkn nada marah) dan saya yakin ketika itu tidak terfikir langsung niat untuk menceraikan isteri. Namun selepas saya berkata 'pergi kau dari sini' saya terlintas di dalam hati dengan berkata 'aku taknak hidup dengan kau lagi'. Kemudian sy terfikir kenapa saya boleh terkata macam tu. Dan saya istighfar. Soalan saya:
1- Apakah jatuh talak dengan situasi itu?

2- Setelah peristiwa itu, saya menjadi was-was yang melampau. Kadang-kadang saya sering mengulangi semula sepertimana ayat yg saya lafaz serta lintasan hati yang berlaku seperti pada hari tu akibat was-was. Apakah talak jatuh jika mengulangi semula apa yang terjadi ? Tujuan semata-mata untuk menjelaskan apa yang berlaku pada hari tu kepada diri sendiri.

3- Selepas itu, saya membuat satu contoh seakan-akan lafaz yang saya lafazkan hari tu. Saya melafazkan ayat yang sama iaitu 'pergi kau dari sini' (saya berkata sorang-sorang dan tidak ditujukan kepada isteri). Kemudian selepas menyatakan ayat itu. Saya menukar ayat asal yg saya pernah terlintas hari tu iaitu 'aku taknak hidup dengan kau' kepada 'aku ceraikan kau' dimana lafaz ini berlaku di dalam hati (sama macam situasi asal). Saya menyatakan contoh ini bertujuan untuk membawa persamaan iaitu kedua-dua berlaku di dalam hati. Apakah ia menyebabkan talak itu jatuh? Dan apakah ia dipanggil niat? Sedangkan saya tidak pernah terfikir untuk cerai. Sekadar membuat contoh.

4- Saya pernah mengulangi lafaz seperti soalan ke 3. Iaitu melafazkan 'pergi kau dari sini' selepas itu di dalam hati berkata 'aku ceraikan kau' (saya berkata sorang-sorang dan pada ketika itu saya yakin tidak ditujukan kepada isteri saya, sekadar penjelasan kpd apa yang saya pernah buat contoh).

Apakah ubat kepada penyakit was-was?
File Upload:
Salam

1. Tidak terjadi talak pada kes ini

Selepas itu penyakit was-was pun datang... OIeh itu, saudara tidak perlu layan dengan gangguan seperti itu.

Banyakkan istighfar dan lupakan was-was dan keraguan.. itu sahaja..

tk

Visitor IP: 183.78.62.17

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, October 2, 2016

Soalan: cairan yang keluar

Nama*:muhd affandi
Tajuk*:cairan yang keluar
Message*:salam.ustaz,mohon berikan jawapan pada soalan saya ini..saya ada penyakit was-was,jadi bermacam masalah yang saya hadapi..ustaz,jika seseorang itu nakbersiap2 pergi bersolat,sebelum itu saya check2 bhgian kemaluan dan kemudian saya nampak ada sesuatu cairan nipis melekit..tapi saya tidak lakukan apa2 seksual atau pun onani dan sebagainya..adakah itu AIR MAZI?? kadangkala keluar cairan seperti itu selepas daripada saya kencing pun ada,selepas bangun daripada tidur dan semasa keluar berjalan bersiar-siar..ustaz, berdasarkan masalah yang saya ceritakan ini memang benar ye air mazi? saya tidak lakukan pun mandi wajib sebaliknya saya basuh dan solat saja terus..mohon bantu
File Upload:
Salam

Jika ada cairan yang keluar dari kemaluan, tanpa adanya klimaks, maka ia adalah air mazi. Memadai dengan basuhan sahaja.. basuh dan ambil wuduk.

Usalah dilayan was-was..



Visitor IP: 183.171.162.160

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, October 1, 2016

Soalan: Cerai & rujuk

Nama*:Aishah
Tajuk*:Cerai & rujuk
Message*:Asalamulaikum ustaz...sy ingt brtanya lafas talak...sy penah brcerai dgn suami sy dan rujuk smula....lafas ketika dlu "AKU LEPASKN MU" ...dan kali ini kami brpisah buat kali kdua....dlm keadaan marah suami sy telah melafaskn talak ketika haid "AKU CERAIKAN MU TALAK 2"...dlm situasi ini..adakah sy bley rujuk smula ?? Adakah cerai yg prtama dan talak 2 ini dikira tros talak 3 ?? Minta jelasakn ustaz....tme kseh
File Upload:
Salam

JIka diikutkan dari segi fakta kes, ia telah terjadinya talak tiga. Sebab talak satu dah jatuh dan suami sebut pula talak 2.. jadilah talak tiga yang tidak boleh lagi dirujuk oleh suami..

Kena bawa kes ini ke mahkamah untuk penjelasan.

tk

Visitor IP: 115.164.188.198

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, September 29, 2016

Soalan: Lafaz talak

Nama*:Niza
Tajuk*:Lafaz talak
Message*:assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanyakan soalan mengenai lafaz talak. suami saya mgucapkan lafaz talak tanpa disedari semasa menonton tv mengenai drama talak. adakah lafaz talak tersebut sah???
File Upload:
Salam

Talak yang disebut tanpa niat talak, sekadar ikutkan dialog tv, tidaklah menjatuhkan talak. tk


Visitor IP: 1.9.102.184

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Taklik

Nama*:Hawa
Tajuk*:Taklik
Message*:As salam ustaz,
Saya pernah jatuh talak 1 sblm ini. Selepas saya rujuk semula dgn suami, saya telah minta suami berjanji, dimana "kalau abang pukul sayang lagi, jatuh talak". Suami jawab "ok".
Suatu pagi, telah berlaku perselisihan faham antara kami. Pada mulanya, suami telah menolak saya dan kemudian menyepak saya beberapa kali kerana kami telah berebut anak saya yang berumur 2 tahun. Anak saya ketika itu berada dalam dukungan suami.
Sejurus selepas itu, suami telah pulang ke rumah ibu dan menceritakan bahawa kami telah bercerai talak 3. "Mak, saya dan isteri telah jatuh talak 3". Suami terlupa ketika itu dan menyangka itu adalah talak 3.

Soalan saya:
1. Adakah berlaku taklik? Dan telah jatuh talak?
2. Suami bercerita talak 3 kepada ibunua, adakah talak berlaku?
File Upload:
Salam

Taklik "kalau abang pukul, jatuh talak' adalah sah dari segi hukumnya. PErbuatan suami menyepak dan memukul itu menjadikan talak ke dua telah terjadi dengan sebab adanya taklik.

Ia bukan talak tiga seperti didakwa suami.

tk

Visitor IP: 123.136.106.63

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA