Thursday, November 15, 2012

Soalan: sah cerai atau tidak

Nama*:rosmeiza binti yusoff
Alamat Email:babygurlz0409@yahoo.com
Tajuk*:sah cerai atau tidak
Message*:assalamualaikum . saya cuma ingin bertanya samada lafaz yang keluar dari mulut suami saya itu sah atau tidak . sewaktu kejadian , hanya saya berdua dengan suami . dia melafazkan , " arif cerai mimi talak tiga " . untuk pengetahuan , suami saya terlibat dalam pengambilan pil kuda . sewaktu dia melafazkan talak tersebut , dia dalam keadaan tidak berapa sedar . sebelum itu saya tinggal di rumah ibu saya , dan suami ingin menjemput saya pulang ke rumah orang tuanya . tetapi saya enggan kerana sewaktu itu saya tengah mengandung . keesokan harinya saya perlu ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungan saya kerana klinik tersebut berdekatan dengan rumah orang tua saya dan suami liat nak bangun tidur . berbalik kepada lafaz tersebut , selepas suami saya melafazkan talak tersebut , dia menangis seolah-olah baru tersedar dari mimpi . apa yang saya tahu , orang yang mengambil dadah dan seumpamanya , mereka tidak dapat berfikiran waras . alhamdulillah , sekarang suami saya belajar pondok dan ingin berubah . jadi saya ingin mengetahui samada sah atau tidak lafaz yang keluar dari mulut suami saya semasa dia dalam keadaan "bengang" .
File Upload:

Salam Puan Ros,

Menurut hukum syarak, lafaz talak suami puan itu adalah sah dan jatuhlah talaknya (talak tiga seperti yang dilafazkan). Ini kerana perkataan cerai/ talak akan sah dan berlaku kepada orang yang mabuk dengan sengaja. Dalam kes ini, suami puan mengambil pil kuda, kecuali jika dia mabuk yang tidak disengajakan seperti memakan ubi gadung tiba-tiba mabuk...

Pada saya, puan perlu merujuk kes ini ke Pejabat Agama dan perlu dipisahkan secara rasmi.

Wallahuaklam.

(Maaf lewat membalas email ini)

Visitor IP: 183.171.165.246

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA