Nama*: | farhan |
Alamat Email: | xifu07@gmail.com |
Tajuk*: | najis |
Message*: | Salam ustaz, saya Farhan. Saya ada permasalahan yang mengganggu hidup saya sejak lama. Ia berkaitan dengan najis. Saya seorang yang tidak lawas kencing. Lepas saya kencing pasti ada lagi yang keluar, maka seluar saya pasti basah. Satu ketika saya baring lepas kencing, seluar ketika itu basah n terkena pada lantai. Sesudah lantai itu kering, lantai itu dipijak oleh kaki yang basah ke mana2 di dalam rumah. Soalan: Adakah seluruh tempat yang kaki saya pijak ketika itu bernajis? perlukah saya membasuh lantai rumah saya keseluruhannya? Berberapa lama selepas itu ibu sya mop lantai dgn ajax fabuloso di tempat yang saya baring tadi dan seluruh rumah. soalan: adakah seluruh tempat yang kaki saya pijak ketika itu bernajis? perlukah saya membasuh lantai rumah saya keseluruhannya? Kemudian jika saya berjalan dalam rumah dan memijak karpet, perlukah karpet itu juga saya basuh? |
File Upload: |
Salam Sdr Farhan,
Beberapa isu yang perlu dirungkai dalam kes ini;
1. Masalah kencing tidak lawas; saudara perlu berusaha gigih dengan kekuatan minda dan semangat yang tinggi serta doa berterusan untuk menghentikan masalah ini. Berubat dan berdoalah semoga ia segera sembuh.
2. Untuk solat, saudara perlu memakai sarung - membaluti zakar dengan kain - setelah berwuduk, dan telah masuk waktu solat; dan solat dengan wuduk berkenaan walaupun terasa masih keluar, ia sah untuk satu solat sahaja.
3. Bagi tempat yang pasti terkena najis kencing, pastikan dilap atau disapu @ dibersihkan dengan tiga kali lap/ sapuan/ bersih/.. Tidaklah perlu dibasuhkan keseluruhan rumah atas rasa was-was 'terkena najis atau tidak'.
4. Cuba elakkan rasa was-was yang melampau. Kebiasaannya dalam kes seperti ini, individu berkenaan terkesan oleh rasa was-was yang melampau. Islam tidak mahu menyusahkan manusia, tetapi perlu berhati-hati sahaja tanpa menyusahkan kita dalam amal ibadah....
Wallahuaklam.
Visitor IP: 60.52.146.118
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.