Nama*: | wan su |
Alamat Email: | w.suhana@ahoo.com |
Tajuk*: | cerai talak tiga |
Message*: | pada 15.11.2012, saya bergaduh dengan suami, pada masa itu saya dalam keadaan haid, suami melafazkan "aku cerai kau talak tiga", saya tak pasti pada masa itu dia sedar atau tidak apa yang dilafazkannya, kerana dia dalam keadaan marah yang amat sangat, disamping itu untuk pengetahuan ustaz selama perkahwinan saya saya memang tahu suami ada meminum arak dan mengambil dadah (sejenis ais), jadi sah ke lafaz cerai itu sekiranya suami saya dalam keadaan tidak sedar. t.kasih, saya yang buntu |
File Upload: |
Salam Puan Wan,
Dalam kes seperti ini, lafaz talaknya adalah sah dan terjadilah talak. Ini kerana dia mengucapkannya dalam keadaan marah biasa. Dan andainya dia dalam keadaan mabuk (dengan sebab arak atau pengaruh dadah) lafaznya juga adalah sah dan terpakai. Ini kerana mabuknya itu adalah disengajakan (sengaja mengambil arak @ dadah). Tapi jika sekiranya mabuk itu tidak disengajakan (seperti makan ubi gadung tiba-tiba mabuk), lafaz talaknya adalah tidak dikira.
Walau bagaimanapun, puan rujuklah kes ini ke pejabat agama.
Terima kasih.
Visitor IP: 175.139.215.157
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.