Soalan: jatuh tak talak
Nama*: | Mimie |
Alamat Email: | mimie_macawile@yahoo.com |
Tajuk*: | jatuh tak talak |
Message*: | ada kah talak akan jatuh jika si suami mengakui telah menceraikan isterinya pada teman wanita nya sedangkan mereka belum lagi bercerai? minta penjelasan ustaz. kerana teman wanita si suami ada menghantar pesanan ringkas pada si isteri dan menyatakan bahawa si suami telah mengaku menceraikan isteri nya. sedangkan ianya hanyalah tipu muslihat si suami agar teman wanita itu tidak meninggalkan nya. |
File Upload: | |
Salam, dalam kes ini tidak jatuh talak kerana tiada niat utk bercerai sebaliknya sekadar menipu kekasih...
Tidak jatuh talak kerana tiada niat. Antara syarat talak ialah niat menceraikan isteri. Kes tersebut hanyalah tipu muslihat kepada teman wanitanya.
(drp Us Zainuddin)
Visitor IP: 113.210.125.179
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.