Saturday, August 25, 2012

Soalan: Talaq arahan Ibu bapa

Nama*:shidi
Alamat Email:shidirahim@gmail.com
Tajuk*:Talaq arahan Ibu bapa
Message*:Ibu bapa saya ada krisis yg lama dgn isteri. Masuk tahun ni dah 4 tahun saya beraya bersama ibu bapa tanpa isteri kerana dia tak mau jumpa disebbkan takut pergaduhan lama berulang. Hubungan saya dgn isteri gtiada masalah cuma bila masuk bab ibu bapa saya itu yg menyebabkan saya serba salah. Ibu saya terluka kerana sudah 4 tahun saya beraya pertama tanpa isteri disisi. Mmg dahulu ada krisis yg menyebabkan hubungan mertua & menantu jadi keruh. Tapi saya lihat walaupun sudah 7 tahun berlalu isteri saya masih tak dpt melupakannya. Ibubapa saya pula tidak memaksa saya tapi mereka amat terluka dgn isteri saya. Saya terfikir utk berkahwin satu lagi bagi membantu menjaga ibu bapa saya yg meningkat tua. Masalahnya pulak isteri saya tak izinkan. Kalau nak dia mintak dilepaskan. Saya sayang kedua2 belah pihak tapi nampaknya semakin lama semakin parah hubungan isteri & ibu bapa saya. Persoalannya adakah berdosa saya menuruti kata ibu bapa menceraikan isteri saya? Ibubapa saya merupakan org yg mentaati perintah agama & berilmu agama walaupun tak tinggi.
File Upload:

Salam.

Pada saya ini adalah cabaran kepada kepimpinan dan kebijaksanaan saudara sebagai pemimpin dan ketua dalam rumah tangga. Saudara perlu berikhtiar bagi meleraikan persengketaan antara isteri dan ibu bapa mertua. Carilah jalan sebaiknya untuk mendamaikan mereka. Isteri ada egonya, begitu juga ibu bapa ada ego masing-masing. Lembutkan hati mereka dengan zikir, taubat dan rasa kasih sesama insan. Itu yang utama.

Rumah tangga terletak atas bahu suami sebagai penentu kelangsungan perkahwinan. Oleh itu, saya tidak setuju jika saudara menceraikan isteri atas desakan ibu bapa. Bantulah isteri saudara untuk mendalami agama, menghayati agama dan memahami tanggungjawabnya kepada suami dan ibu bapa.. Berdoalah berpanjangan semoaga isteri saudara lunak hatinya untuk menerima kembali ibu bapa mertua.

Wallauhaklam.


Visitor IP: 115.164.2.51

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA