Thursday, August 9, 2012

Soalan: cerai dan rujuk

Nama*:nor
Alamat Email:jn@gmail.com
Tajuk*:cerai dan rujuk
Message*:assalamualaikum ustaz..
saya telah memfailkan penceraian di mahkamah syariah akibat tindakan suami yang mempunyai hubungan dengan perempuan lain dan telah bernikah tanpa izin. disamping itu suami telah melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama.sekarang mahkamah menyuruh kami untuk melantik j/k pendamai kerana suami tidak mahu menceraikan sy. (

masalah:
-semasa kes ini berlangsung (awal julai) , suami ada menyatakan kepada kakaknya " kalau dia nak sangat bercerai,saya ceraikan je"
adakah jatuh talak terhadap sy.

-dalam tempoh untuk melantik j/k pendamai ini juga suami berjanji akan berlaku adil dan beliau balik ke rumah dan sy menerima beliau sehingga berlaku persetubuhan. jika telah jatuh talak adakah kami telah ruju' kembali?

bantulah sy dalam menjawab persoalan ini...
File Upload:

Salam.

Terima kasih Puan Nor atas persoalan ini. Saya mohon maaf kerana kelewatan membalas email.

Ucapan suami "kalau dia nak cerai sangat, saya ceraikan dia.." atas fahaman saya jatuh talak kerana ia satu kenyataan yang jelas untuk menceraikan puan. Jika suami puan menyebut 'AKAN menceraikan'.. ia belum lagi jatuh talak sebab masanya belum terjadi. Tapi jika disebut langsung 'saya cerai je'.. atas fahaman saya, jatuhlah talaknya.

Pada ucapan suami tadi, dikaitkan dengan kehendak puan sendiri 'kalau dia nak cerai sangat..' disahkan keinginan puan untuk bercerai dengan memfailnya di mahkamah.

Mengenai rujuk, ia perlu dilafazkan seperti dilafazkan pada akad nikah. Persetubuhan semata-mata dikhuatiri berlaku tanpa niat merujuk, tetapi atas keinginan semata-mata.

Perlulah suami puan melafazakan rujuk atas kes ini.

Terima kasih.

Visitor IP: 122.129.122.213

Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA