Nama*: | Fazilah |
Alamat Email: | fazilahm@hotmail.com |
Tajuk*: | Cerai Rujuk Dan Haid |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz, 1. Sya telah bercerai dgn suami ketika dalam haid, maka betul ker kalau edah saya bermula setelah abis haid.? Dan haid yg kemudian dtg dikira suci dari haid yg pertama? 2. Dalam tempoh edah, suami telah berniat utk rujuk semula dgn saya, tanpa memberi tau saya kerana pendapat dia sya tidak mungkin akan terima, suami hanya memberitahu niatnya pada haid sya yg ke 3. adakah sah rujuk tersebut? 3. Ketika haid yg ke 3, suami ada anta email utk rujuk semula, dan sya bersetuju juga melalui email Adakah sah rujuk tersebut? 4. Dan esoknya kami jumpa, dan suami bertanya kan saya utk rujuk semula dan saya bersetuju, Waktu ketika itu, saya tidak pasti adakah sya telah suci dari haid kerna masih lagi ada warna kekuningan. Sya was-was tentang darah haid yang mana akhir sekali adalah kekuningan. Sekiranya dikira sya telah suci bermakna sudah 3 kali saya suci dari haid dan edah saya sudah abis. Adakah sah rujuk tersebut? Adakah saya telah dikira rujuk pada soalan pertama atau kedua atau ketiga? Atau kesemuanya tidak sah dan kami kena nikah semula? |
File Upload: |
Salam
Tiga kali suci atau tiga kali haid? Sebilangan ulama mentafsirkan ayat ini dengan maksud tiga kali suci, ertinya selepas haid yang ketiga itu suci barulah habis empoh edahnya.
1. Merujuk kepada kes ini, perceraian semasa haid bererti haid yang pertama itu suci adalah dikira sebagai bilangan yang pertama. (Suci bagi kali pertama)
2. Niat merujuk adalah sah jika dilafazkan, disebut walaupun tanpa persetujuan isteri. Adakah suami puan melafazkan rujuknya? Soal pemakluman rujuk oleh suami puan berikutnya bukan menjadi perkiraan lagi...
3. Berpegang kepada maksud 'tiga kali suci' ertinya email rujuk suami puan adalah sah. Sah rujuknya.
4. Email sebelumnya sudah cukup memberi maksud rujuk
5. Jika rujuknya adalah sah, tidak perlu dinikahkan semula.
Visitor IP: 180.74.7.146
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.