Nama*: | Fazie |
Alamat Email: | fazilahm@hotmail.com |
Tajuk*: | Edah & Rujuk |
Message*: | Assalamualaikum Ustaz, Sya bercerai dgn suami ketika dalam haid, maka betul ker klu edah saya bermula setelah abis haid.? Dan haid yg kemudian dtg dikira yg pertama? 2. Suami telah berniat utk rujuk semula dgn saya, tanpa pengetahuan sya, adakah sah rujuk tersebut walau dgn berniat? 3. Ketika haid yg ke 3, suami ada anta email utk rujuk semula, dan sya bersetuju. Adakah sah rujuk tersebut? 4. Dan esoknya kami jumpa, dan suami bertanya kan saya utk rujuk semula. Waktu ketika itu, saya tidak pasti adakah sya telah suci dari haid kerna masih lagi ada warna kekuningan. Sekiranya dikira sya telah suci bermakna sudah 3 kali saya suci dari haid. Adakah sah rujuk tersebut? Adakah saya telah dikira rujuk pada soalan pertama atau kedua atau ketiga? Atau kesmuanya tidak sah? |
File Upload: |
Salam Puan Fazie,
Wallahuaklam. Saya juga mencari jawapan akan persoalan puan ini... Isunya ialah 'tiga kali suci' atau 'tiga kali haid'. Pendapat yang mengatakan 'tiga kali suci' bererti haid pertama semasa dijatuhkan talak juga dikira sebagai yang pertama. Bagi pendapat yang mengatakan 'tiga kali haid' maka haid semasa dijatuhkan talak tidak dikira sebagai yang pertama, kenalah ditunggu haid yang berikutnya sebagai yang pertama.
2. Niat suami untuk merujuk perlu dinyatakan (dizahirkan/ disebut), seperti juga nikah yang perlu dilafazkan dengan jelas. Jika suami menyatakan rujuk, maka sahlah rujuk itu. Rujuk adalah hak suami, tidak memerlukan pengetahuan @ kebenaran isteri.
3. Ia adalah perulangan isu pertama.... ambillah yang terbaik buat puan dan suami.
4. Warna kekuningan (hukum zahir) adalah tanda haid yang belum tamat. Rujuknya adalah sah.
5. Wallahuaklam...
Visitor IP: 203.82.92.11
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.