Thursday, May 3, 2012

Soalan: talak

Nama*:nurul
Alamat Email:mesol_kb4g@yahoo.com
Tajuk*:talak
Message*:salam,saya benar-benar keliru,kami suami isteri ada sedikit salah faham. ketika salah faham berlaku suami menyatakan 'kalo ko masak untuk aku jatuh talak 1..dan saya bertanya hari ini shj ke & suami menjawab sampai mati..saya pn tidak masak utknye..bila keadaan kembali reda suami meminta saya buatkan air utknye dan saya buatkan air utknya..sambil itu saya bertanya pd suami, kita dah bercerai ke? suami menjawab dia tidak sedar & dalam keadaan marah.. adakah jatuh talak ke atas saya..mohon penjelasan ustaz
File Upload:

Soal cerai - taklik- benda yang tidak boleh dipermainkan. Ia akan terjatuh talak setelah melanggar taklid yang dibuat.

Dalam kes ini, jika lafaz taklid telah dibuat oleh suami dan ditentukan had masanya 'sampai ke mati tidak boleh masakkan untuknya', ia adalah jelas. Pelanggaran taklid membawa kepada jatuhnya talak. Pada pendapat saya, talaknya telah jatuh. Di sini tidak timbul lagi soal 'sedar' atau 'tidak sedar' kerana keadaan marah tidak dianggap sebagai hilang akal oleh syarak.

Namun harus dimengerti, talak boleh ditarik balik oleh suami.

Semoga kita lebih berhati-hati dalam soal ini. Terima kasih.

Visitor IP: 58.26.53.53

Powered by EmailMeForm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA