Nama*: | shida mohd yusop |
Alamat Email: | shidayusop@gmiail.com |
Tajuk*: | takliq |
Message*: | saya telah membuat surat perjanjijan antara saya dan suami. surat tersebut telah ditandatangani oleh kami berdua. antara kandungan surat etrsebut adalah seandainya suami berlaku curang tanpa pengetahuan saya, maka akan tertalaklah saya dan harta serta anak akan bersama saya. adakah surat tersebut berbentuk takliq atau sekadar surat perjanjian biasa saja. mohon penjelasan ustaz.. |
File Upload: |
Sebarang bentuk perjanjian yang dikaitkan dengan talak adalah dikira sebagai taklik. Taklik terjadi sama ada dengan sebutan, tulisan atau apa-apa sahaja yang boleh difahami sebagai taklik.
Oleh itu, perjanjian yang dibuat oleh puan dan suami adalah taklik yang sah lagi bertulis. Puan dan suami kenalah berhati-hati mengelakkan diri daripada terjebak dalam perkara yang dinyatakan dalam 'perjanjian berkenaan' agar tidak terjadinya talak.
(Ada pendapat yang mengatakan taklik itu boleh diubah oleh suami, boleh dibatalkan oleh suami)...
Wallauaklam.
Visitor IP: 10.129.73.225
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.