Saturday, May 26, 2012

Soalan: rujuk terjadi atau tidak?

Nama*:farisya
Alamat Email:
Tajuk*:rujuk terjadi atau tidak?
Message*:assalamualaikum,
saya ingin kepastian.
pakcik sy bercerai dgn isterinya di hadapan hakim. 2 hari lepas bercerai dia datang rumah isterinya untuk berjumpa anak. pakcik terlepas ckp pada mak mertua dia. "Bila tengok anak sedih mcm ni, rasa macam nak balik je semula dengan dia(isteri pakcik sy). pakcik sy ckp mcm tu sbb isteri dia nak pisahkan anak2 dan larang berjumpa dgn pakcik sy. dia sedih tgk anak mcm tu. takut tak dapat jumpa amal. niat dan rasa nak balik sbb anak je walaupun hakikat mereka dah tak boleh hidup bersama. mak mertua dia sampaikan pada isteri dia walaupun pakcik sy dah tarik balik dan larang bagitau. adakah berlaku rujuk di situ? minta penjelasan. terima kasih.

minta jangan paparkan email saya. tq
File Upload:

Rujuk bergantung kepada niat yang dimaksudkan oleh 'pakcik' puan. kalau diukur kepada ucapan pakcik itu, ia tidak bermaksud rujuk kerana adanya perkataan 'rasa macam nak balik je' yang tidak pasti kesahannya. Ia perlu mendapat kepastian Pakcik dalam hal ini. Jika ia bermaksud rujuk, maka terjadilah rujuk itu. Jika tidak, ia tidak dianggap sah rujuknya.

Wallahuaklam.


Visitor IP: 175.144.219.35

Powered by EmailMeForm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA