Nama*: | Fatihah |
Alamat Email: | Ctieyfatihah@gmail.com |
Tajuk*: | Lafaz cerai mlalui bhasa mulut,sperti mngomel2 sndrian,tidak jelas |
Message*: | Salam ustaz,sy dn suami bertngkar di sbbkn slh fhm di hdpn kluarga sy, suami dlm keadaan mrh,mngomel2 seperti melafazkn cerai pda sy,tp sy tidak jelas dgn apa yg dia bgthu melalui bhsa mulut kerana tidak mngluarkn suara,tp sy yakin dia melafazkn cerai untk sy,bla sy bgthu kt mak dn ayh sy dihadpn suami atas lafaz cerai yg dia lafaz mlalui bhsa mlut itu,dia menafikn lafaz td dn mngtakn bkn dia lafaz cerai,keesk kn kami berbaik,sy tnya btlkh abg lafaz crai untk sy,dia jwb xthu sbb msa tu dia tgh serabut n tertakan, jthkn talak? Klau lah dia btul2 terlafaz cerai msa itu tnpa niat dn mngna bhsa mulut yg tk jelas jatuh kh talak,sbb dia xthu npe yg dia mngomel2 @ terlfaz dri bibir dia,krana dia kate dia pning krna menghisap rokok bercmpur ganjal, jatuh kah talak ustaz? |
File Upload: |
Lafaz cerai perlu kepastian daripada suami. Jika suami betul-betul melafazkan cerai, maka jatuhlah talaknya walaupun dengan suara yang tidak didengar asalkan suaminya mengetahui dan mendengar ungkapan berkenaan.
Jika suami menceraikan isteri dalam keadaan mabuk (ganja, dadah atau arak) hukumnya adalah sah kerana pemabukan itu sengaja dilakukan (mengambil arak @ dadah dengan sengaja). Soal serabut dan tertekan tidak dijadikan alasan syarak untuk dijadikan alasan bagi segala perbuatan syarie. Ia tetap dikira.
Dalam kes puan, jika benar suami puan melafakan perkataan cerai, maka jatuhlah talaknya.
Barangkali ada saksi lain yang melihat situasi ini untuk dirujuk...
Wallahuaklam, terima kasih.
Visitor IP: 203.82.87.120
Powered by EmailMeForm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.