Saturday, September 30, 2017

Soalan: cerai

Nama*:hafizuddin
Tajuk*:cerai
Message*:assalamualaikum,

semasa saya teringat isteri tiba tiba saya cakap 'cerai'. hanya perkataan itu sahaja. saya tidak berapa pasti tujuan apa saya cakap macam tu.

adakah itu lafaz soreh yg tidak memerlukan niat sebab perkataan itu soreh?

wslm.
File Upload:
Salam

Jika suami menyebut cerai dengan NIAT dan fokus kepada menceraikan isteri, maka terjadilah talak satu.

tk


Visitor IP: 60.54.55.12

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Keraguan Lafaz Cerai

Nama*:Mustafa
Tajuk*:Keraguan Lafaz Cerai
Message*:Assalamualaikum Ustaz.

Saya ada keraguan tentang lafaz cerai di bawah ini:

1. Aku ceraikan kau sekiranya aku berjudi lagi
2. Sekiranya aku berjudi lagi aku ceraikan kau

Soalan saya,

Adakah lafaz 1 & 2 ini sama? Ini kerana pada lafaz nombor 1, saya dapati ayat "aku ceraikan kau" didahulukan dan diikuti ayat "sekiranya aku berjudi lagi".

Adakah jatuh talak pada lafaz no. 1 ini serta merta semasa ia dilafazkan atau talak hanya akan jatuh sekiranya si suami berjudi lagi.

Mohon pencerahan daripada Ustaz.
Terima Kasih.
File Upload:
Salam

Ia adalah sama sahaja dari apa yang dimaksudkan oleh suami. Ia adalah lafaz taklik untuk menceraikan isteri jika suami kembali berjudi.

Apabila lafaz ini diucapkan dihadapan isteri dan isteri mengetahuinya, maka ia sah menjadi TAKLIK. JIka suami berjudi selepas itu, maka tertalaklah talak satu ke atas isteri.

tk

Visitor IP: 175.137.64.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, September 29, 2017

Soalan: Berkata Bye Bye

Nama*:Mie
Tajuk*:Berkata Bye Bye
Message*:Salam Ustaz....


Saya ingin bertanya pada Ustaz....Adakah perkataan Bye Bye itu satu lafaz?
Sebab saya selalu berkata bye bye pada Isteri saya tidak kira tempat dan tidak kira masa.Kadang - kadang saya bergurau dengan isteri saya dengan berkata bye bye...Saya tidak ada niat dan saya yakin tidak lafaz....


Soalan saya....Jatuh atau tidak Ustaz?


Terima Kasih
File Upload:
Salam

Bye bye memanglah lafaz. Ia adalah perkataan yang disebut dan ia adalah satu lafaz yang jelas difahami dengan maksud 'berpisah'.


Tetapi tidaklah sebodoh itu suami menyebut bye bye untuk bermaksud cerai...

tk

Visitor IP: 60.52.64.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: jatuh talak atau tidak

Nama*:amer
Tajuk*:jatuh talak atau tidak
Message*:assalammualaikom ustas,.sy ingin bertanyakan sesuatu . pada suatu hari sy dan isteri telah bergadoh dengan sebab yg kecik..dalam situasi teraebut saya berada dlm keadaan marah sehingga menjadi pergaduhan.dengan tidak segaja dan tidak berniat dan saya berkata

1.kalau kau(isteri) keluar dri pintu bilikni aku akan cerai..

ayat itu saya tidak habiskan ketika itu dan saya terdiam kerana terkejut.tanpa saya sedar bahawa ayat cerai terkeluar dri mulot sy sndiri .tetapi saya tidak meneroskan lafas selanjotnye iaitu(talak).sehingga sekarng isteri sy tidak keluar bilik..adakah jatuh atau tidak.
File Upload:
Salam

Lafaz di atas adalah lafaz yang jelas dan terang membawa maksud TAKLIK, iaitu larangan keluar bilik ke atas isteri yang membolehkan terjadinya talak. lafaz itu adalah sah kerana ada perkataan CERAI. (Cerai dan TALAK adalah maksud yang sama).

Cuma dalam kes ini, terjadilah satu kebodohan kepada suami kerana melarang isterinya keluar bilik yang akan mengakibatkan terjadinya talak... Dan isteri terpaksa memerap di dalam bilik kerana takut talak akan terjadi... so how?

CUba tanyakan pendapat ustaz lain, jika ia boleh membantu.. maaf saya tak dapat nak bantu.

tk

Visitor IP: 115.164.88.242

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, September 28, 2017

Soalan: Yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz

Nama*:Mad
Tajuk*:Yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz
Message*:Assalamualaikum wbt

Ustaz, saya nak bertanya :

1/. Saya ada beritahu pada rakan saya (rakan sekerja) yang saya terlafaz seorang diri...Rakan saya kata tidak jatuh....Saya beritahu pada dia begitu disebabkan saya mengalami gangguan was was....saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz....Jatuh atau tidak Ustaz?Perlukah saya berjumpa dengan rakan saya untuk beritahu semula yang saya yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz?

2/. Suatu hari tu....Saya ingin menghantar borang pertanyaan kepada Ustaz.Semasa saya sedang menaip borang tersebut...saya berhenti sekejap untuk membuat kerja lain (kerja pejabat)...kemudian saya ingin sambung semula untuk taip borang tersebut secara tiba - tiba komputer saya break down...Saya buka semula komputer tersebut dan saya tengok borang yang saya taip telah hilang (ayat hilang)....Saya jadi was was....Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat....Jatuh atau tidak Ustaz?


Terima Kasih...
File Upload:
Salam

Lafaz cerai boleh terjatuh sama ada dilafazkan bersendirian oleh suami, atau disaksikan oleh sesiapa sahaja. Lafaz talak tidak memerlukan saksi. Jika suami pastikan dia sebut CERAI dan ia ditujukan kepada isterinya, maka ia akan menjatuhkan cerai ke atas isterinya.

Yang isi borang tu, tak ada kaitan dengan talak.. apa nak dirisaukan..

PErgilah belajar sikit ilmu fiqh munakahat. belajarlah perkara talak dan rujuk dan dengan ilmu sahaja baharulah anda akan YAKIN dengan apa tindakan yang dibuat... tanpa ILMU, anda akan kekal dalam keraguan dan tidak tahu..

tk 

Visitor IP: 60.52.64.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah ini dikira taklik ?

Nama*:Khairi
Tajuk*:Adakah ini dikira taklik ?
Message*:Assalamualaikum ustaz, sy dan Isteri ada bertengkar dan dlm keadaan marah sy ada menyatakan kalau nak bercerai boleh dengan syarat saya nak hak penjagaan anak selama dua hari dalam seminggu dan saya akan buat surat perjanjian bertulis yg ditandatangani bersama supaya isteri tak ingkar

Dalam dua jam isteri saya msg menyatakan ok. Adakah ini dikira taklik ? Dan dalam keadaan marah pd malam itu juga saya menyatakan "esok aku ceraikan kau" namun keesokan harinya saya tidak melafazkan cerai dan surat perjanjian juga saya tak pernah buat sbb niat sy hanya utk ugut isteri supaya takut untuk bercerai

Apakah hukum permasalahan saya ini,
File Upload:
Salam

Tiada lafaz cerai yang jelas disebut, maka tidaklah terjadinya talak..

Lafaz 'ESOK aku ceraikan kau' ia belum lagi terjadi... sehinggalah keesokan harinya, jika disebut lagi oleh suami.
tk

Visitor IP: 115.132.113.70

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, September 26, 2017

Soalan: soalan

Nama*:mahfuz
Tajuk*:soalan
Message*:salam ustad

saya ada pertanyaan...pada satu hari saya sedang bersendirian...baru lepas bertengkar dengan isteri...kemudian terlepas dari mulut saya perkataan "isteri tertolak"....saya sebut tertolak....semasa menyebut tiada niat apa2 utk berpisah...cuma ayat itu terkeluar mungkin akibat terlalu memikirkan hal pergaduhan..apakah hukumnya ustad..
File Upload:
Salam

Jika tidak ada niat untuk cerai, ia tidak terjadinya cerai.

tk


Visitor IP: 175.144.94.179

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: pening

Nama*:mahmud
Tajuk*:pening
Message*:salam ustad,

semalam saya sedang menulis kiraan di buku...sedang saya menulis perkataan 2cm...ketika menulis perkataan 2 tersebut, terlintas di hati " 2 tal** " risau saya ustad..padahal niat asal saya hanya hendak menulis perkataan 2cm...apakah hukum tersebut ustad
File Upload:
Salam

Hilangkan penyakit was was anda.. ia menyusahkan hidup anda.. perhatikan orang lain yang senang lenang tanpa diganggu syaitan was-was...

Ia tidak menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 175.144.94.179

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA