Wednesday, April 5, 2017

Soalan: talak kias

Nama*:fitri
Tajuk*:talak kias
Message*:assalamualaikum ustaz...saya ingin bertanya tentang talak kias.

saya pernah melakukan perkara yg tidak sepatutnya saya lakukan sebagai seorang suami. saya mewujudkan 1 account facebook untuk tujuan suka2..dalam fb tersebut status saya single. adakah dengan meletakkan status tersebut @ mengaku dgn org lain mngatakan diri saya ni single sudah jatuh talak pada isteri sy.

mohon pencerahan ustaz.
File Upload:
Salam

Ia tidak menjatuhkan talak, kerana tiada lafaz talak yg dikeluarkan oleh suami..

Tak baik menipu.. suka-suka nak kacau orang, tak baik..

tk

Visitor IP: 203.106.151.97

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: sah ke tidak lafaz cerai suami

Nama*:Insan hinA
Tajuk*:sah ke tidak lafaz cerai suami
Message*:Assalamualaikum ustaz. Ustaz, suami saya pernah melafazkan "aku ceraikan engkau" dalam keadaan Marah terhadap Saya depan 3 orang sahabatnya. Puncanya kerana dia marah apabila saya bertanya tentang hubungan sulitnya dengan kekasih haramnya. Mohon penjelasan ustaz kerana saya masih keliru.
File Upload:
Salam

Jika benar suami melafazkan cerai seperti di atas, maka terjadilah talak. Ia lebih yakin dengan adanya saksi dengan sahabat tadi..

Sila bawa kes ini ke mahkamah bagi mendapatkan kepastian.

tk

Visitor IP: 115.164.181.114

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Nafkah Suami

Nama*:Noor
Tajuk*:Nafkah Suami
Message*:Assalamualaikum Ustaz,
Saya sudah mendirikan rumah tangga 3tahun lebih.
Masa awal perkahwinan, suami ada berkerja. Selepas itu dia berhenti berkerja, dalam tempoh 7 bulan juga dia menganggur. Selama dia menggangur saya yang menampung semua perbelanjaan keluarga kami. Kami tinggal bersama keluarga suami.
Masa saya mengandung, suami ada mendapat pekerjaan. Tapi tidak lama, cuma 3bulan sahaja. Selepas itu dia tidak berkerja, dari masa saya dalam pantang sehingga ke hari ini anak saya hampir setahun bulan depan. Kami kerap mengalami masalah kewangan, selalu bergaduh depan anak. Saya memang tidak boleh mengawal perasaan marah saya, sebab semua benda jatuh atas bahu saya, sedangkan dia duduk di rumah tidak berbuat apa-apa. Dari mengemas rumah, basuh baju, cari nafkah saya yang tanggung. Suami ada juga menolong kerja rumah, itu pun ikut mood dan kena suruh.
Saya rasa dah tak larat nak tanggung semua ini. Saya rasa macam nak minta cerai dari suami. Sayang memang sayang, tapi bila fikirkan balik, sampai bila saya harus mengadap semua ini. Apa yang saya harus lakukan sekarang.
File Upload:
Salam

Elok dibawa kes ini ke pihak kaunseling dahulu. Mintalah nasihat mereka.

Kalau cerai pun, tak ke mana juga.. suami akan datang minta duit juga... itulah perangai orang malas...

Kalau sudah tidak tahan dengan sikap suami, boleh juga buat tebus talak. Tapi semua itu kena berurusan dengan pejabat agama.

tk

Visitor IP: 175.143.16.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, April 4, 2017

Soalan: Keliru

Nama*:Siti
Tajuk*:Keliru
Message*:Saya bergaduh besar dgn suami saya sebab dia mempunyai hubungan dengan wanita lain..masa tu sy ada mohon cerai tapi suami senyap je.. satu hari saya msg dia berkali2 minta sijil nikah dan surat beranak untuk permohonan cerai..esoknya suami saya menyerahkan sijil nikah dan surat beranak anak atas alasan saya yg minta.. paginya saya kejut dia dr tido dan bertanya semula adakah abang setuju... masa tu dia jawab ikut sayang..esoknya saya rasa muhasabah diri maka tidak jadi untuk menghantar permohonan.. adakah saya dan suami saya masih sah.. saya ada bertanya pada suami saya samaada dia ada niat ke untuk berpisah dengan saya..dia kata tiada sebarang niat dan tindakan ke arah itu..semuanya tindakan saya sendiri..mohon pencerahan..
File Upload:
Salam

Selagi suami tidak melafazkan talak, tidaklah terjadinya cerai.

Cerai itu haknya suami..

tk

Visitor IP: 202.188.42.214

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh talak tak

Nama*:nor
Tajuk*:Jatuh talak tak
Message*:saya bergaduh dengan suami..dalam keadaan marah dia cakap pada saya "nanti aku hantar ko balik rumah mak " dan "aku ambik cara elok aku pulang cara elok" soalan nya jatuh talak tak? dalam keadaan waras dia sy tanya ada niat ke tak..dia cakap tak niat pun sbb geram sgt pada saya...macam mana ustaz kena pergi pejabat agama ke tak buat pengesahan?
File Upload:
Salam

Jika dijelaskan suami ia tidak niat cerai pada lafaz berkenaan, maka tidaklah terjadinya talak. TIada talak pada kes ini..

tk

Visitor IP: 60.49.73.183

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Jatuh ke talak satu ataupun dua

Nama*:farhana
Tajuk*:Jatuh ke talak satu ataupun dua
Message*:Suami dan saya bertengkar dan dia terlalu marah sehingga melafazkan "aku ceraikan kau!" Sungguh jelas saya mendengar nya dan anak saya menangis. Sewaktu saya mahu mengambil anak saya dari suami, dengan perasaan marah dia mengata "kau tak faham ke aku ceraikan kau". Selepas berbaik semula, bila saya tanya samaada dia ingat tidak ape yang dia cakap, dia jawap dia tidak sedar apa yang dia lafaz dan bila saya cerita balik, dia mengata dia cuma ucapkan sekali. Kami sudah rujuk kembali pada hari esok nya, tapi ade kah jatuh talak satu ataupun dua?
File Upload:
Salam

Dalam kes ini, telah jatuh talak satu.

Bila dirujuk, kena berhati-hatilah usah bermain lagi dengan talak dan cerai.

tk

Visitor IP: 103.26.221.140

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, April 2, 2017

Soalan: talak

Nama*:hamba allah
Tajuk*:talak
Message*:salam ustaz, saya pernah ada lintasan nak cerai isteri dan pernah was was dalam talak.
tghari td ketika naik motorsikal saya teringat ingat lafaz talak yg menyebabkan saya was was dahulu. saya rasa ada melafazkan tp tak pasti boleh didengar oleh telinga atau tidak sebab sedang menunggang.
apa yang perlu saya jadikan panduan untuk situasi tadi? adakah jatuh talak? sebab tak pasti dengar sebab bunyi motorsikal.
File Upload:
Salam

Jika tiada lafaz talak yang disebut dengan jelas, maka tiadalah terjadinya talak..


Kenapa anda berwas-was dengan talak, kenapa tidak berwas-was nak berak ke, nak kencing ke... kan senang sikit?

maaf, ubatilah penyakit anda.. tk

Visitor IP: 183.78.47.121

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, April 1, 2017

Soalan: lintasa hati dan tidak pasti ada cakap atau tidak

Nama*:mat ros
Tajuk*:lintasa hati dan tidak pasti ada cakap atau tidak
Message*:Assalamualaikum wbt ustaz. Saya bangun dari tidur pada waktu subuh ke bilik air untuk ambil wudhu, semasa ke bilik air saya bercakap dalam hati, kemudian ketika nak menutup pintu datangnya lintasan hati mengenai penceraian ketika memandang anak-anak dan isteri yang sedang tidur. Dikala itu saya membuat pergerakan mulut untuk mengelak daripada saya bercakap apa yang terlintas dihati itu, saya cuba kuatkan diri dengan mengatakan itu lintasan hati sahaja, saya tidak ada lafaz apa-apa, tetapi selepas itu saya terus menjadi was-was adakah saya ada cakap apa yang terlintas atau apakah keluar perkataan 'cerai' di mulut saya ketika saya menutup pintu itu. Perasaan keliru saya bertambah-tambah apabila saya cuba mengulang perbuatan menutup pintu tandas dengan bercakap benda lain dihadapan pintu tandas sambil menutup pintu tandas (bukan lafaz penceraian), saya jadi bimbang sebab saya tidak dapat dengar suara saya kerana bunyi pintu tandas itu lagi kuat dari suara saya, saya terus jadi khuatir adakah dikala datang lintasan sebelum ini saya ada bercakap apa yang terlintas tetapi saya tak dengar suara kerana bunyi pintu tandas lagi kuat dari suara saya. Padahal sebelum ini saya sudah cuba kuatkan diri mengatakan tiada cakap apa-apa,ia cuma lintasan dan apa yang berlaku hanyalah pergerakan mulut yang menahan saya daripada bercakap, saya khuatir saya ada cakap semasa berlaku lintasan itu tetapi saya tak dengar disebabkan bunyi pintu yang kuat. Saya jadi keliru dan saya cuba ingat balik apa yang berlaku semasa menutup pintu itu, tapi tak berjaya, saya tidak pasti apa yang berlaku. Ustaz, boleh bantu saya, adakah jatuh talak? Ustaz bagaimana nak buang lintasan penceraian dalam diri saya ini?
File Upload:
Salam

Saudara perlu segera ubati penyakit keraguan dalam diri. Segeralah bertaubat dan banyakkan zikir kpd Allah.. Rawilah segera..

Jika tiada lafaz yang terkeluar, maka tidaklah jatuhnya talak.. Tiada talak dalam kes ini..

tk



Visitor IP: 1.9.96.180

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA