Thursday, November 30, 2017

Soalan: Lafaz ijab & qabul

Nama*:Fakrul
Tajuk*:Lafaz ijab & qabul
Message*:Assalamulaikum Ustaz...

Saya ada seorang sahabat yang ada was-was tentang ijab kabul pernikahan dia.

Semasa dia akad nikah dia igtkan tok kadi ingin buat cubaan akad nikah sebelum akad nikah yang betul-betul. Salah faham bila tok kadi berkata "kita cuba akad nikah". Salah faham juga disebabkan tok kadi tidak berjabat tangan maka pengantin lelaki igtkan akad cubaan (yang sebenar mmg tok kadi tidak jabat tangan kalau akad nikah)

Namun ketika di tengah-tengah dia ucap qabul (ketika perkataan "mas kahwin") dia merasakan seperti tok kadi betul-betul akad memandangkan muka tok kadi nampak serius. Selepas habis lafaz semua saksi mengatakan SAH.

Persoalannya: adakah sah qabul yg pada awal nya pengantin lelaki tersalah anggap sbgai percubaan tetapi tiba-tiba perasan yang akad yg sedang dilafaz adalah yg betul2 ketika sampai pada ucapan "mas kahwin"..

Mohon bg pencerahan...sekian


Visitor IP: 113.210.9.145

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 29, 2017

Soalan: cerai kerana takut tambah dosa isteri

Nama*:noraslina
Tajuk*:cerai kerana takut tambah dosa isteri
Message*:saya sebagai seorang isteri gagal dalam menjalankan tanggungjawab dengan baik dan sempurna kepada suami. hal ini suami pernah kemukakan kepada keluarga mertua. apabila berlaku pergaduhan antara kami ekoran pihak ketiga, mertua membangkitkan isu tanggungjawab ini. dan suami tidak jujur dalam menjelaskan isu perhubungannya dengan pihak ketiga, menjadikan hati saya makin hambar dengan perkahwinan kami. untuk pengetahuan tuan, saya derhaka pd suami dengan menghalaunya keluar dari rumah saya selepas pergaduhan itu. suami akur dan tidak balik ke rumah sehingga kini (2minggu). saya telah memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah syariah, tetapi suami enggan lepaskan saya kerana masih sayang sedangkan dalam masa yg sama, dia masih tidak jujur dengan saya.


Visitor IP: 14.192.211.41

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mahu Kepastian

Nama*:Faisal
Tajuk*:Mahu Kepastian
Message*:Salam Ustaz...

Dulu masa gangguan was was menganggu saya, saya ada berdoa pada Allah apabila selesai solat Fardhu...Dalam doa saya berkata "Ya Allah....Aku yakin tidak lafaz dan Aku yakin tidak terlafaz...Aku benar2 Yakin Ya Allah....Sesungguhnya Aku takda niat, Aku tidak ada niat, Aku tiada niat dan Aku tidak ada hati langsung untuk bercerai (Saya tak berapa ingat ayat dia sebab perkara ini dah lama)...Aku berpegang pada Yakin Ya Allah.. Yakin tidak lafaz dan Yakin tidak terlafaz....Aku sayangkan isteriku dan Aku sayangkan rumahtanggaku...."
Jatuh atau tidak Ustaz saya berdoa sebegitu? dan salahkah saya berdoa begitu?
Saya Yakin tidak lafaz dan Saya yakin tidak terlafaz....cuma was was yang kerap menganggu saya ketika itu....


Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, November 28, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Khai
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz

1/. Suatu hari tu Isteri saya beritahu pada saya "Awak jangan lupa buang sampah malam ni" Saya pun menjawab "Ok...Saya buang (sampah) awak".
Adakah jatuh atau tidak pada situasi diatas?Saya tidak ada niat apa2 pun...dan Saya yakin tidak lafaz...Saya jadi was was

2/. Suatu hari tu Isteri saya suruh saya potong rambut dia yang panjang itu lalu saya berkata "Meh, Saya potong awak" (Maksud saya...Saya potong rambut dia (isteri saya) )...Jatuh atau tidak Ustaz? Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat apa2.....Saya jadi was was


Tolong Ustaz jelaskan......


Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, November 27, 2017

Soalan: Talak

Nama*:Su
Tajuk*:Talak
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Sya nk brtnya adakah jatuh talak jika dlm situasi berikut:

Suami tlh mlakukan ksilapan/ksalahan sblm ini.. Apabila si isteri mendapat tahu ttg perkara tersebut...bermulalah suami & isteri tersebut selalu bergaduh.. sehinggakan si isteri sering memnta utk bercerai..
Si suami tidak mahu menceraikan isterinya.. si isteri minta untuk bercerai ..tp disebabkn terlalu emosi si suami berkata '"ok"
Adakah perkataan ok yg dilafazkn oleh si suami tu bole memyebabkn talak jatuh?


Visitor IP: 115.164.174.212

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, November 23, 2017

Soalan: Adakah sah lafaz taklik dan status

Nama*:Mohd
Tajuk*:Adakah sah lafaz taklik dan status
Message*:Ungkapan kalau kau keluar dri keta aku ceraikn kau talak 3.dlm keadaan marah sebb pergaduhan.tpi istri xkeluar kereta.apakah status perkahwinan ini.

Salam

Jika suami berniat untuk masa itu sahaja, maka ia tidak terjadinya talak taklik jika isteri tidak keluar kereta. Tetapi jika suami tidak bermaksud pada ketika kejadian sahaja, maka taklik itu akan berlarutan sampai bila-bila dan bila isteri keluar kereta akan terjadinya talak.

tk

Visitor IP: 113.210.226.172

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah ini Ziha?

Nama*:Rahman
Tajuk*:Adakah ini Ziha?
Message*:Salam Ustaz....


1/. Isteri ingin sertai acara sukan lalu suami mengisi borang secara online untuk si isteri. Didalam ruangan "Ada Kecemasan, Sila Hubungi", Si Suami telah meletak nama Bapanya sendiri (Bapa Si Suami) dan meletakkan ruangan "Hubungan" sebagai Bapa. Sepatutnya Suami perlu menaip Bapa Mertua tetapi Suami telah menaip "Bapa". Ustaz...adakah ini Ziha? Lagipun Suami tidak ada niat Ziha...

2/. Suami ada berkata kepada Isteri....Bapa Si Suami Bapa Isteri Juga dan Ibu Si Suami Ibu Isteri Juga....Adakah ini Ziha? Suami tidak ada niat Ziha...


Minta Ustaz jelaskan....


Terima Kasih

Salam

1. Ia tidaklah dikira zihar.

2. Ia tidak dikira zihar

KEna baca balik bab zihar, cerai dan talak..belajarlah sedikit untuk lebih yakin bermuamalah dalam keluarga.

tk

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Wednesday, November 22, 2017

Soalan: Tiada Niat

Nama*:Fiz
Tajuk*:Tiada Niat
Message*:Salam Ustaz....

Saya ada 3 soalan nak bertanya dengan Ustaz :

1/. Saya ada hantar soalan pada Ustaz dulu....Dalam soalan tersebut, sepatutnya saya nak taip ayat "Berkata Semula" tetapi saya tertaip ayat "Berkata Lafaz" kemudian saya tukar semula, saya padam ayat yang salah tu...saya taip ayat "Berkata Semula" dalam soalan tersebut sebelum saya hantar kepada Ustaz. Ustaz...Saya yakin tidak lafaz, yakin tidak terlafaz dan yakin tidak berkata semula serta yakin tidak berkata lafaz...Saya pegang pada Yakin....Hanya saya tersalah taip ayat, saya jadi was was...Jatuh atau Tidak Ustaz?

2/. Saya pernah hantar soalan pada Ustaz dahulu...Dalam soalan tersebut, saya ada taip ayat yang akhir berbunyi begini " Kerana was was.....saya cakap terlafaz dan berkata lafaz". Pada ayat berkata lafaz sepatutnya saya nak taip ayat "Berkata Semula" tetapi saya telah tertaip ayat "Berkata Semula"... Disebabkan saya tersalah taip....saya jadi was was...Ustaz, Saya yakin tidak lafaz,yakin tidak terlafaz,yakin tidak berkata semula dan yakin tidak berkata lafaz...Saya betul2 Yakin Ustaz....Jatuh atau tidak Ustaz?

3/. Suatu hari tu rakan saya bertanya dengan saya melalui whatsupp "Wife (isteri saya) bila free? Saya pun menjawab dengan menaip whatsupp.Saya nak taip ayat "Dia (Isteri saya) shif malam" tetapi saya tertaip "Dia shit".Saya padam balik ayat yang salah tu, saya taip semula "Dia (Isteri saya) shif malam" barulah saya hantar whatssupp kepada rakan saya. Saya yakin tidak lafaz dan yakin tidak terlafaz...Saya tidak ada niat pun...Jatuh atau Tidak Ustaz?


Terima Kasih

salam

1. masalah was-was.. kenalah dalami sikit lagi ilmu fiqh..

2. ini pun kes yang sama.. usah dilayan keraguan...

3. Tidak ada kaitan dengan cerai pada kes seperti ini.
tk




Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA