Monday, August 8, 2016

Soalan: Mohon kepastian

Nama*:Anonymous
Tajuk*:Mohon kepastian
Message*:Asslamualaikum ustaz..
Terima kasih ustaz kerana sudi meluangkan sedikit masa di atas kemusykilan saya ini,.semoga ustaz sentiasa diberkati oleh Allah SWT atas usaha murni ustaz ini..
Saya ada satu soalan berkaitan dengan talak..seperti yang kita tahu, talak boleh jatuh melalui lafaz sorih & kinayah dan tulisan bagi seorang suami yg sempurna (maknanya tidak bisu). Adakah terdapat perkara lain yang boleh menyebabkan talak jatuh terhadap isteri bagi suami yang sempurna iaitu TIDAK BISU, contohnya;

1) Adakah bahasa isyarat tangan kepada isteri (TANPA LAFAZ) yg menunjukkan maksud cerai juga boleh menyebabkan jatuh talak.
2) Adakah talak boleh jatuh ke atas isteri hanya dengan perbuatan seperti; mengenyit mata beberapa kali dengan sengaja atau menggerakkan lidah ke kiri dan ke kanan dengan sengaja dengan niat menceraikan isteri DALAM HATI?
File Upload:
Salam

Talak bagi orang yang sihat (tidak bisu) kenalah SEBUT dan LAFAZKAN sebagaimana anda melafazkan TERIMA semasa akad nikah...

tk

Visitor IP: 60.51.77.7

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, August 7, 2016

Soalan: musykil cecair yang keluar

Nama*:razak
Tajuk*:musykil cecair yang keluar
Message*:salam ustaz,saya nak tanya selepas membuang air kecil,beberapa minit kemudian seperti ada cecair nipis keluar sedikit dari kemaluan. jika air mani,mesti berasa sedap dan kemuncak syahwat. tapi keluarnya cecair ni saya tidak berasa apa-apa pun.ianya keluar semasa saya mengurut-urut kemaluan saya selepas buang air kecil..ustaz,perlukah mandi wajib kalau begitu atau pun itu memang bukan air mani.? teruskan saja dgn ambil wudhuk dan solat? takkanlah air mani keluar selepas membuang air kecil? atau pun adakah itu mazi?? mohon bantu saya ustaz..
File Upload:
Salam

Anda perlu basuh sahaja dan ambil wuduk semula..

tk


Visitor IP: 183.171.17.92

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Saturday, August 6, 2016

Soalan: tak trtanggung di hati

Nama*:anak ayah
Tajuk*:tak trtanggung di hati
Message*:Salam ustaz..diharap ustaz berbahagia selalu dan diberkati Allah..

Bismillahirrahmaanirrahim..
Sy bertemu dgn suami di umur 18 tahun dan trlnjur..mujur ank sempat dinasabkn ke atas bapanye..mcm2 rintangan kami ibu bapa muda lalui..suami sy seorg penagih dadah namun ade sifat kebapaan yg tggi .panas baran dan sy jd tekanan hdup lalu biadap dgnnye dan die memukul sy sebab sy biadap dan melawannye..semua saudara mnyuruh sy berpisah..namun hati ni tetap kuat dan taat pd suami..sian n kasih pade suami..biar buruk mane pun suami..adakah betul tindakan sy..pernah sy halau suami,sakit kn hati suami dan mohon cerai walaupun suami xnak lnsg ceraikn sy, sebab dgr ckp org tua, x lme kemuadian hdup sy huru hara dan sy balik ke pangkuan suami..

Adakah wajar dan waras sy ni ustaz..sy masih menunggu suami dan mnyokong dia untuk berubah..pelbagai rintangan sebab semua org sudah x prcayaknnye .hnye sy yg msih mnunggu prubahannya...
File Upload:
Salam

Ketabahan seorang isteri amat luar biasa. sayangnya amat susah hendak dinilai dan dikira.

Jika puan masih percaya puan mampu untuk membawa perubahan kepada suami, teruskanlah perkahwinan ini. Suami kaki pukul, kaki dadah.. itu cabaran yang cukup besar. Puan berikhtiarlah utk membawa suami ke pangkal jalan. Dekatkan dia dengan agama dan carilah jalan agama sebagai jalan terbaik membawa perubahan dalam hidupnya.

Banyakkan doa dan ikhtiar utk mendepani perubahan..

tk


Visitor IP: 183.171.164.235

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, August 5, 2016

Soalan: bintik hitam hujung kuku

Nama*:muhd zain
Tajuk*:bintik hitam hujung kuku
Message*:salam, saya mandi wajib sebelum nak menunaikan solat jumaat. kemudian,selesai solat jumaat dan pulang ke rumah,saya perasan ada sesuatu dalam kuku bintik hitam yang halus.apa yang saya lakukan ialah saya buang saja bahagian itu dengan kukunya sekali dengan menggunakan pengetip kuku.bagaimanakah ustaz cara begitu? sah dah tak mandi wajib saya itu? masa mandi saya tak nampak pun bintik itu dihujung kuku kerana kuku saya pendek..bagaiamanakah ustaz? ulang balik mandi ke?
File Upload:
Salam

Sah mandi wajibnya.. keilatan kecil seperti ini dimaafkan oleh agama..

tk

Visitor IP: 183.171.31.122

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Thursday, August 4, 2016

Soalan: jatuh tak talak

Nama*:hamba Allah
Tajuk*:jatuh tak talak
Message*:salam
ustaz jatuh tk talak jika seorang suami sudah bersumpah jika mengulangi pekara yang dia buat sekali lgi maka terjatuh la talak keatas isterinya?
jatuh tak talak tu ustaz?
File Upload:
Salam

Itu namanya lafaz taklik. Jika suami bersumpah untuk tidak buat sesuatu perkara seperti judi contohnya, jika dia buat akan menjatuhkan talak.. maka itulah taklik.

Jika suami buat lagi selepas lafaz itu disebut, maka akan terjadilah talak satu..

tk

Visitor IP: 218.208.254.205

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Beza Lintasan Hati & Niat

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Beza Lintasan Hati & Niat
Message*:Salam
Ustaz apakah yg dimaksudkan dengan niat dalam lafaz kinayah? Adakah lintasan hati dikira sebagai niat? Sebagai contoh suami melafazkan lafaz kinayah untuk maksud lain tetapi diluar kawalan tiba2 terlintas dihati akan perceraian. Adakah itu dikira sebagai niat? Mohon penjelasan ustaz... Terima kasih
File Upload:
Salam

Niat ni kita bermaksud seperti itu, ada tujuan dan matlamat seperti itu.. ada qasadnya..

Lintasan itu ialah sekadar gangguan dan lintasan yang datang secara tiba-tiba tanpa kita minta, tanpa tujuan kita pun..

So, kalau lintasan usahlah dilayan..

tk.

Visitor IP: 183.171.163.43

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak atau tidak

Nama*:ida
Tajuk*:talak atau tidak
Message*:Assalamualaikum..

Pd satu hari kami bertengkar. Hal kecil shj. Dan suami ada mnyatakan, 'nk apa,ckp la,sy ikut je' dan tiba2 kalau isteri nk cerai (sebut dlm hati) adakah jatuh talak,ustaz? Tp dlm situasi tersebut, suami bkn mksd kn cerai. Suami mksd hal2 lain bkn berkenaan cerai.Minta pencerahan dlm situasi sy ni,ustaz. Terima kasih

Terima kasih
File Upload:
Salam

tak terjadi cerai.



Visitor IP: 219.92.139.46

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah wujud istilah "perbuatan kinayah"

Nama*:Hamba Allah
Tajuk*:Adakah wujud istilah "perbuatan kinayah"
Message*:Assalamualaikum ustaz..
Saya ada sedikit kemusykilan..adakah wujud istilah 'perbuatan kinayah' dalam hal penceraian. Contohnya..Si suami BERTAKLIK DALAM HATI dan mewakilkan taklik tersebut dengan sesuatu perbuatan atau isyarat. Sebagai contoh, ketika si suami menggerakkan lidah ke atas menyentuh lelangit dalam mulut, dia pun bertaklik dalam hati "Kalau aku tak pergi jumpa sahabat lama aku ni untuk mintak maaf, maka jatuh talak ke atas isteri aku" ...dalam masa yg sama si suami mewakilkan TAKLIK DALAM HATI tadi dengan perbuatan / isyarat menggerakkan lidah ke atas menyentuh lelangit tadi. Di pendekkan cerita kerana takut talak jatuh si suami pergi mencari dan ingin berjumpa dengan sahabat lamanya itu untuk meminta maaf. Malangnya sahabat lamanya itu telah meninggal dunia. Soalan saya adakah sah taklik tersebut sah dan adakah jatuh talak ke atas isteri untuk kes seperti ini?
File Upload:
Salam

Taklik tak boleh main dalam hati sahaja. Manalah isteri awak tahu yang awak ada taklik...



Visitor IP: 118.101.69.100

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA