Wednesday, December 6, 2017

Soalan: was-was dengan apa yang suami lafaz (cerai)

Nama*:zarazya
Tajuk*:was-was dengan apa yang suami lafaz (cerai)
Message*:Assalamualaikum Wbt Ustaz.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana menjawab soalan dan kemusyiklan saya ini.

Ketika berlaku pertengkaran dan selepas pergelutan (pukul memukul) antara saya dan suami dalam pendengaran yang kurang jelas dan saya sendiri tidak pasti, telinga saya seolah mendengar suami menyebut ' cerai ko lah'.

Saya tak pasti sama ada, ada ayat sebelum perkataan cerai itu. Saya bertanyakan anak saya (berumur 13 tahun (lelaki)) adakah dengar ayah sebut perkataan itu kerana dia di depan dan saya dalam bilik. Anak saya jawab tak ada ayay sebut begitu.

Saya bertanyakan dan desak suami untuk mengulang apa yang dia dah cakap, Suami mengatakan tidak menyebut perkataan cerai itu dan dia sendiri tidak ingat, Dengan bersumpah nama Allah dia mengaku tidak melafaz.

1. Apa perlu saya lakukan ustaz? sedangkan saya sendiri tak berapa pasti apa yang saya dengar.

2. Adakah saya perlu yakin dengan pengakuan suami?

3. Adakah telah jatuh talak itu.

Salam

Lafaz cerai adalah hak suami, jika suami menafikannya, ia tidaklah terjadi talak. Isteri tidak perlu paksa suami menyatakan apa yang dia sebut sebelumnya. Percaya dan berhukum dengan apa yang diketahui sahaja.

tk

Visitor IP: 211.24.250.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Ingin Tahu

Nama*:Fadzil
Tajuk*:Ingin Tahu
Message*:Salam Ustaz....

Saya nak bertanya :

Saya ada beritahu pada pegawai agama yang saya Yakin tidak lafaz dan Yakin tidak terlafaz pada Isteri....Ini pun cuma seorang diri (ayat tergantung) (sambil saya memandang kertas disebelah kanan saya).Sebenarnya saya nak cakap begini...."Ini pun cuma seorang diri, Saya pun Yakin tak lafaz dan Yakin tak terlafaz..."

Soalan saya....Jatuh atau tidak Ustaz? Saya jadi was was apabila saya menyebut separuh ayat sahaja (macam ayat tergantung). Saya yakin tidak lafaz dan Saya yakin tidak terlafaz...

Salam

Hentikan penyakit was was. Agama berpegang kepada perbuatan yang nyata.. keraguan sukar hendak ditentukan hukumnya.

tk

Visitor IP: 175.143.89.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Tuesday, December 5, 2017

Soalan: Bertanya

Nama*:Is
Tajuk*:Bertanya
Message*:Salam Ustaz....

Setelah saya sudah berubat dengan seorang Ustaz...Saya ada beritahu pada dia tentang gangguan yang saya alami. Saya berkata pada dia "Sejak gangguan tu datang, saya kurang mesra dengan isteri saya....Saya jarang bercakap, kurang komunikasi dan buat hal masing2 (buat tak tahu pada isteri). Gangguan tu datang seolah - olah mahu pisahkan saya dengan isteri saya."

Jatuh atau tidak Ustaz pada situasi diatas? Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat. Saya sayangkan isteri saya dan anak saya....Saya sayangkan rumahtangga saya.

Salam

Jiak dipastikan tiada lafaz cerai, maka usahlah diragukan lagi akan keyakinan itu.

belajarlah jadi orang yang lebih yakin dng diri sendiri.

tk



Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, December 4, 2017

Soalan: wakaf

Nama*:abd rahim
Tajuk*:wakaf
Message*:asalamualaikum,
saya ada kemusykilan tentang wakaf harta.

sahkah wakaf harta tanpa lafaz lisan. hanya niat dalam hati?

wslm

Salam

Wakaf harta perlu dilafazkan atau dituliskan secara jelas agar ia benar-benar menjadi harta wakaf. Jika tidak dilafazkan, ia tidak tahu oleh sesiapa, so siapa yang perlu bertanggungjawab atas harta berkenaan...

tk

Visitor IP: 175.140.106.98

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Sunday, December 3, 2017

Soalan: Mahu Kepastian

Nama*:Jeff
Tajuk*:Mahu Kepastian
Message*:Salam Ustaz.....

Saya ada 4 soalan ingin bertanya dengan Ustaz.....

1/. Ketika saya sedang menonton tv bersama keluarga, secara tiba2 saya berdehem sebanyak 2 kali...sesudah saya berdehem datang pula lintasan hati mengatakan saya ada niat. Saya jadi was was.....saya buat berdehem 2 kali sekali lagi....dan saya berkata dalam hati yang saya tidak ada niat dan saya yakin tidak lafaz....Jatuh atau tidak Ustaz?

2/. Pada suatu hari tu, saya dan isteri jogging bersama di sebuah tasik. Semasa berjogging, isteri saya tiba2 berhenti berlari akibat penat.... kemudian saya bertanya pada dia "Dah surrender" lalu dia menjawab "Mana ada surrender....saja berhenti".
Jatuh atau tidak Ustaz? Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat...cuma saya rasa was was bila menyebut "Dah surrender"...

3/. Semasa membeli belah di sebuah pasaraya bersama keluarga...Kakak ipar saya bertanya pada saya dimana isteri saya...Saya pun menjawab "Entah...hilang, tadi dia ada kat sini" sambil saya mencari isteri saya...Kakak ipar saya berkata pada saya "Dah hilang dah....mana dia pergi?....
Jatuh atau tidak pada situasi diatas? Situasi diatas telah lama berlalu.... Saya yakin tidak lafaz dan Saya tidak ada niat....Cuma saya alami gangguan was was yang datang secara tiba2...sedangkan saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat...

4/. Sedang saya bertugas di pejabat, saya tengah mengira nombor (dalam hati) diatas kertas sambil menggunakan jari....Semasa saya sedang mengira nombor dalam hati...tiba2 datang lintasan hati saya menyebut nama2 orang yang saya kenali dalam hati (Saya menyebut dalam hati). Saya jadi was was....Saya yakin tidak lafaz dan tidak ada niat....Saya yakin dalam hati...Saya sebut nama dalam hati....Saya benar2 yakin Ustaz....
Jatuh atau tidak Ustaz?



Terima Kasih....

Salam

Anda mengahdapi masalah was was dan yang peliknya semua perbuatan anda dikaitkan dengan talak. KEnapa jadi begitu? Jika penat keletihan, itu adalah kepenatan, bukannya perceraian..

Cerai akan terjadi dengan lafaz yang jelas.

tk

Visitor IP: 175.143.89.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Tentang Zihar

Nama*:En Bad
Tajuk*:Tentang Zihar
Message*:Salam Ustaz....

Adik saya berkata pada saya "Terima kasih bang...belanja makan" Saya pun menjawab "Siti" (Isteri saya) . Masa saya menyebut nama isteri saya, saya menunjuk ke arah adik perempuan saya. Kemudian saya menyebut nama isteri saya semula "Siti" sambil menunjuk ke arah isteri saya...

Adakah ini Zihar? Saya memang tiada niat Zihar...


Terima Kasih

Salam

Ia tidak pernah terjadinya zihar dalam keadaan ini..
ZIhar terjadi dengan niat yang buruk dan dengan tujuan zihar..

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Friday, December 1, 2017

Soalan: sah atau tidak lafaz sang suami

Nama*:Siti
Tajuk*:sah atau tidak lafaz sang suami
Message*:assalamualaikum.. maaf,ingin bertanya..adakah lafaz sang suami ini dikira sah atau tidak?

"saya akan lepaskan awak.. selagi tak lepaskan awak, makin banyak dosa saya tanggung"

Salam

Selagi ada perkataan AKAN, ia tidak terjadinya talak. Talak sah bila secara langsung disebutkan talak ke atas isteri.

tk


tor IP: 14.192.208.103

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: taklik

Nama*:ida
Tajuk*:taklik
Message*:salam ustaz...sy nk b'tnye...sy dan suami de b'gduh
tp suami sy diamkn dri...sy nk tau pnce dye mrahkn sy,sy pkse dye untk b'ckap...dia xboleh kwal k'mrhan
- Dia ada lafazkn ak hramkan ko balik kalau ko balik jatuh talak 1..pastu sy tnye blik rumah mak sy ke..dia ckp ye.
-lepas dh reda marah sy ada tnye btul ke apa yg suami sy lafazkn..dia ckp btol tp niat dia kalau nak balik kena minta izin dahulu

Salam

Jika kena minta izin, maka isteri kenalah minta izin baharulah tidak terjadinya talak. Jika balik tanpa izin suami akan terjadinya talak taklik pada kes ini..

tk

Visitor IP: 103.1.71.162

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA