Tuesday, September 19, 2017

Soalan: minta penjelasan

Nama*:helmy
Tajuk*:minta penjelasan
Message*:salam ustad,

saya ingin bertanya, apakah hukum melafazkan taklik tetapi secara humming..lidah tidak bergerak..saya selalu datang gangguan ingin melafaz taklik...saya cepat2 gigit lidah dan tutup mulut...hanya dengungan sahaja keluar...boleh beri pendapat ustad
File Upload:
Salam

Taklik tidak sah selagi tidak dulafazkan secara jelas di hadapan isteri.. tk


Visitor IP: 110.159.62.209

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Minta Pandangan

Nama*:En. Am
Tajuk*:Minta Pandangan
Message*:Assalamualaikum wbt....


Terima kasih Ustaz kerana menjawab soalan saya dan sudi memberi nasihat dan semangat kepada saya...Cuma saya ingin minta pandangan Ustaz,perlukah saya pergi ke pejabat agama untuk bertanya soalan yang sama seperti saya bertanya 5 soalan tersebut kepada Ustaz atau saya perlu yakin dengan jawapan Ustaz berikan.....

Terima Kasih....
File Upload:
Salam

terpulanglah kepada anda..

tk

Visitor IP: 143.192.98.130

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



MOHON MAAF

Saya mohon maaf kerana blog ini agak lama terhenti kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dibaiki.

Terima kasih atas kesabaran pembaca.

Terima kasih kepada En Abdul Ghani Rahmat atas bantuan yang diberi..

tk

Soalan: soalan

Nama*:azman
Tajuk*:soalan
Message*:salam ustad,

saya sering diganggu perasaan ingin menyebut c***i...saya dah cuba berubat tapi tidak berhasil...

pada satu hari gangguan tersebut datang pada saya...sedang saya berjalan ..terkeluar lafaz "Aiman ce***kan..."itu sahaja yg saya sebut..Aiman adalah nama adik saya...saya tidak tujukan pada sesiapa ketika berlafaz tersebut...cuma ia keluar dari mulut secara tiba2...apakah hukumnya disini...
File Upload:
Salam

Aiman tu adik saudara ke? Jika adik, mana boleh nak diceraikan.. Isteri boleh lah diceraikan suami.

Penyakit was-was perlu diubati segera. belajarlah ilmu agama, dapatkan keyakinan diri dan jadilah manusia yang normal..

tk

Visitor IP: 110.159.62.209

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Monday, September 18, 2017

Soalan: Gangguan Was Was

Nama*:En. Am
Tajuk*:Gangguan Was Was
Message*:Assalamualaikum Ustaz....


Saya ada 5 soalan untuk bertanya dengan Ustaz :


1/. Jika Si Suami menceraikan isterinya hanya kerana gangguan was - was,sah atau tidak?

2/. Gangguan was was perlu pergi ke mahkamah?

3/. Saya pernah pergi ke pejabat agama dan mengadu masalah saya kepada pegawai disana...Saya berkata "Saya Yakin tidak lafaz dan saya yakin tidak terlafaz.....seorang diri saya yakin tidak ada,dihadapan isteri pun saya yakin tidak ada".Kemudian saya bertanya pada pegawai lagi "Cik,berdosakah kerana saya yakin....Saya cuma takut hukuman Allah diakhirat nanti".Pegawai itu menjawab "Itu awak saja yang tahu dan awak lebih tahu".....Saya berkata lagi "Cik,saya cuma was was....Saya memang ada gangguan was was"...Saya sambung lagi "Takkanlah (disebabkan) gangguan was was saya ceraikan isteri saya".....Jatuh atau tidak Ustaz?Saya yakin tidak lafaz dan tidak terlafaz......Saya takkan ceraikan isteri saya hanya kerana gangguan was - was.

4/. Keluarga saya tahu saya ada gangguan was was....Suatu hari tu Ibu saya melihat saya dalam keadaan murung lalu bertanya "Kenapa?" Saya menjawab "Dulu saya suka isteri saya tapi sekarang entah saya tak suka" (Saya tak ingat samada saya cakap "Entah saya tak suka" atau "Entah saya dah tak suka")....Jatuh atau tidak Ustaz? Saya tidak ada niat mungkin kerana gangguan was was saya berkata begitu.Ustaz,saya sayangkan isteri saya dan anak saya...Saya sukakan mereka berdua.

5/. Saya yakin tidak lafaz dan yakin tidak terlafaz tapi was was tetap bermain didalam fikiran saya dan ia datang secara tiba - tiba.Adakah ini mainan syaitan?


Terima Kasih
File Upload:
Salam

Penyakit was-was perlu dirawat segera. Belajarlah jadi manusia yang yakin dengan diri sendiri. Nak yakin perlulah ada ilmu. Belajarlah dulu ilmu agama khasnya tentang ilmu fiqh (termasuk fiqh perkahwinan).

Banyakkan istighfar dan moga kesembuhan ini akan menyelamatkan anda daripada bala berpanjangan seperti ini.

Pada saya, was-was seperti yang dinyatakan di atas, ia tidak menjatuhkan talak.

tk

Visitor IP: 175.143.100.137

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Mohon pandangan ustaz

Nama*:Nur
Tajuk*:Mohon pandangan ustaz
Message*:Assalamualaikum..
Saya & suami sedang menonton drama cina..
Drama tu ada tulis tertera sarikata Bahasa melayu..
Sampai babak pasangan bergaduh, keluar ayat tulisan berbunyi " kita dah bercerai"..
Suami saya tekun tengok drama tu sampai matanya laju melihat subtitles melayu...
Soalan saya :
Apakah hukum bila suami baca subtitles Melayu yg berbunyi "kita dah bercerai"?..
Boleh jatuh talak ke sebab saya ada menonton sekali bersama suami?
File Upload:
Salam

Ia tidak memberi kesan apa-apa kepada status perkahwinan anda.

Suami tidak pernah menceraikan isterinya dalam kes ini.

tk

Visitor IP: 113.210.8.55

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: Adakah disabit sebagai talak?

Nama*:Safina
Tajuk*:Adakah disabit sebagai talak?
Message*:Assalamualaikum..
Saya ada soalan..
Saya ,suami dan Anak² makan sarapan pagi di kedai..
Saya dan Anak²​ makan roti canai..
Bila sampai je roti canai, suami pun berkata :"kena cerai ceraikan (saya tahu yang suami maksudkan roti canai)
baru senang anak²​ nak makan roti".
Suami berkata :" abg cerai ceraikan dulu,baru senang anak²​nak makan.
Soalan saya :
Apakah hukum suami berkata begitu?
Boleh terjadi cerai ke terhadap saya (isteri)..
Mohon pencerahan ustaz
File Upload:
Salam
Cerai itukan dimaksudnya lain, bukannya ceraikan isteri, so.. tidaklah terjadinya talak..

Kena fahamkan bahasa Melayu dengan baik.. sebaiknya..

tk


Visitor IP: 113.210.8.55

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



Soalan: talak kinayah, taklik, wuduk dll

Nama*:amran
Tajuk*:talak kinayah, taklik, wuduk dll
Message*:aslm ustaz, saya ada beberapa soalan yg diperlukan jawapan
1. talak kinayah berniat perlukan dua maksud samada talak atau tidak. sekiranya maksud bukan talak tetapi berniat mcmana pula. contohnya 'aku makan nasi' dalam hati ada niat talak. adakah itu termasuk talak kinayah atau lintasan niat semata mata?
2. bolehkah berlakunya taklik tanpa pengetahuan isteri? bolehkah taklik ditarik balik tanpa maklumkan kepada isteri?
3. bolehkah saya guna pendapat lain seperti wuduk tak terbatal apabila bersentuhan dengan isteri tanpa shahwat. seperti mazhab hanafi tetapi solat dan angkat wuduk menggunakan mazhab shafie.
4. saya pernah melihat gambar isteri dalam masa yang sama tak tahu mcmana menyebut gambar jandaku tanpa pasti apa niat masa tu. jatuhkah talak.
5. mana lebih afdal? berzikir dalam hati atau berlafaz. berdoa dalam hati atau berlafaz
tk. waslm
File Upload:
Salam

1. Talak kenalah disebutkan dengan jelas, jika lafaz kinayah pun ia membawa maksud kepada perceraian, bukannya pada makan nasi pun nak dikaitkan dengan talak.. itu sudah tidak betul.. kurafat..

2. Taklik hendaklah dilafazkan di hadapan isteri, agar isteri tahu apa larangan  yang dibuat. Jika isteri tak tahu, tidaklah dikira sah taklik berkenaan.

3. Boleh gunakan pendapat mazhab lain setelah anda baca buku dan fahami kaedahnya..

4. Ia tidak menjatuhkan talak

5. kedua-duanya baik.. ada ketika berzikir dalam hati, ada ketika perlu dilafazkan sebagai ingatan dan kekuatan ingatan kepada zikir yang disebut.

tk

Visitor IP: 183.78.47.91

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA