Soalan: perasaan gangguan
Nama*: | Muhd izzuedin |
Tajuk*: | perasaan gangguan |
Message*: | Assalam..tuan ustaz..sye nak tanya jika selepas mandi hadas tiba2 ada perasaan kata mandi tidak sah,niat mandi tidak sempurna..adakah patut kita layan atau abaikan sje? Sye memang hidap gangguan was2 yang teruk dalam mandi hadas..cara yang saya lakukan niat masa permulaan mandi dan semasa hendak memulakan gosok seluruh tubuh,saya lafas niat mandi tadi tu dimulut ulang2 sehingga selesai mandi untuk saya lawankan bisikn yang mnganggu saya semasa laksanakan mandi hadas..adakah sah cara saya itu atau apa jua cara pun asalkn niat mmg ada dan air rata itu sudah memang dikira sah? Dan perasaan yang gnggu kata mandi tidak sah,air tidak rata itu semua adakah perlu ditolak sama sekali dan tidak perlu sama sekali dilayan? Adakah teruskan saja bersolat? |
File Upload: | |
Salam
Usah layan gangguan seperti itu. Abaikan segera.
Yang penting ada niat dan terus mandi sampai ratakan air ke seluruh tubuh. Dan yakinlah ia telah sah..
Visitor IP: 107.167.113.32
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.