Soalan: JATUH KE TALAK KPD ISTERI SAYA
Nama*: | MD ZURAYDI IBRAHIM |
Tajuk*: | JATUH KE TALAK KPD ISTERI SAYA |
Message*: | SAYA DAN ISTERI TELAH BERSELISIH FAHAM..DAN ISTERI TELAH BALIK KAMPUNG ATAS KEBENARAN SAYA..SETELAH 2 MINGGU ISTERI TELAH MENDESAK CERAI DARI SAYA..DALAM KEADAAN RISAU DAN TERTEKAN SAYA TELAH PUJUK ISTERI BALIK TETAPI ISTERI TELAH MENGHANTAR MESEJ (SAYA BOLEH BALIK RUMAH TETAPI DENGAN SYARAT JGN SENTUH DAN BERSETUBUH DGN DIA ,SELANG 3 HARI ISTERI TELAH BALIK RUMAH DAN KAMI TELAH BERSETUBUH TANPA SAYA DAN ISTERI TELAH TERLUPA DENGAN MEJEJ TERSEBUT...ADAKAH TELAH JATUH TALAK TERHADAP ISTERI SAYA..SAYA PADA MASA ITU TELAH BERSETUJU DGN SYARAT TERSEBUT KERANA TIADA NIAT LANGSUNG DAN SEKADAR HANYA UTK MENYURUH ISTRI BALIK KE RUMAH..MOHON USTAZ BERI PANDANGAN T.KASIH |
File Upload: | |
Salam
Dalam kes ini, tidak disebut ttg cerai atau talak, so tidaklah terjadinya sebarang talak.
Isteri yang tetapkan syarat, bukannya suami.. suami boleh bantah syarat berkenaan kerana suami punyai haknya tersendiri.
tk
Visitor IP: 211.25.227.242
Follow @emfteam on Twitter |
Facebook
Powered by EmailMeForm
PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN
Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.
Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.
Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.
Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.
Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).
Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!
Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.