Thursday, January 25, 2018

Soalan: Ape harus sy lakukan

Nama*:Azlie
Tajuk*:Ape harus sy lakukan
Message*:Assalamualaikum ..

Ustaz,
Ape harus sy lakukan, kekawan minta sy pergi ke pejabat agama utk buat rujukan atau kaunsiling rumah tangga. Tapi sy tidak tahu bagaimana ingin mulakan. Sy sudah tidak tahan dengan isteri sy yg selalu memburukan sy pada keluarganya. Hingga sy rasa terasing di rumah ibubapanya dengan sindiran yg sy terima.
Selama ni sy hanya bersabar ngn tingkah laku isteri sy, ape pn yg isteri sy lakukan sy diamkn, sebab sy hanya pikirkan ank2 je.
Tapi makin lama makin melampau batas. Hingga sy tidak mampu utk bertahan.
Baru2 ini sy telah bergaduh ngn isteri sy.. dan sy tidak pulang kerumah hampir sebulan, tapi still beri nafkah pada keluarga sy, tapi isteri bagitau keluarga yg sy tidak bagi duit perbelanjaan rumah. Sehingga keluarganya datang kerumah keluarga sy utk meminta fasakh dr sy..
Pelbagai yg diburukan ngn keluarganya. Hingga ibubapa sy sakit. Sy telah memberitahu ape yg belaku pada keluarga sy yg selama ini keluarga sy hanya tahu dari pihak isteri sy je. Semua sy ada bukti bahwa rumah , bil2 semua sy bayar, tiada pending. Disebabkan sy tidak pernah mengadu ape yg berlaku pada keluarga sy. Dan sy telah memberitahu ibu bapa sy tidakan kembali padanya, sb sudah banyk kali sy dilakukan sbegini. Keluarga sy tidak membenarkan sy pergi ke pejabat agama dan meminta utk sy tunggu, sebab keluarga isteri sy telah memberitahu ingin buat minta fasakh. Bagaimana ustaz?

Hati sy terlalu terguris ngn perlakuan isteri sy, yg selame ini abaikan sy sbagai suami. Makan minum sy tidak terjaga, hubungan intim lagi la sudah lama sy tidak dapat. Ikotkn hati ingin cari lain. Tapi sy still pikir anak2. Sejak pergaduhan haritu da berapa bulan sy tidak bertegur sapa. Semua utusan dr anak je utk disampaikan.

Ikotkan hati ingin je sy lepaskan, tapi kawan2 dan keluarga tidak benarkan sebab diluar mahkamah. Takot pihak isteri minta yg diluar kemampuan sy yg bekerja kilang. Tapi sy sudah tidak tahan ustaz. Sy ni ibarat tunggul dirumah sendiri. Makan minum sendiri. Isteri tidak bekerja. Jika bekerja sy faham dia penat. Tp isteri sy suri rumah . Hanya buat kerja sambilan dirumah.

Haruskah sy terus menunggu keluarga / isteri sy meminta fasakh. Sedangkan hati sy terseksa.

Jatuhkah talak sy, sb sy sudah bagitau ibubapa yg sy tidak akn kembali padanya, apa yg sy lakukan demi anak2 saje.

Tolong ustaz bagi jalan atau penyelesaian, apa yg harus sy lakukan. Perlukah sy ke pejabat agama atau tunggu isteri yg buat fasakh. Sebab ibubapa sy kata jika sy yg pergi sy yg salah, dan takot keluarga isteri minta diluar kemampuan isteri. Sb da bnyak hasutan yg diterima oleh keluarga nya.

Mohon ustaz dpt meleraikan masalah yg sy tanggung.

Yg delima,
Azlie

Salam

Elok kes ini dirujuk ke pejabat agama. Pergilah dan minta nasihat sebaiknya daripada mereka.

suami berhak menceraikan isterinya, cuma kena lafazkan cerai itu di mahkamah, agar tidak dikenakan dendaan..

tk

Visitor IP: 175.145.94.249

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA