Tuesday, November 29, 2016

Soalan: Talak sms


Nama*:😟
Tajuk*:Talak sms
Message*:Assalamualaikum..
Baru2 ni sy n isteri bgaduh..
Bila bgaduh je isteri sy mesti akan ckp psl cerai..
Sy dh byk kali bg tau supaya jgn ckp psl cerai bila bgaduh..
Waktu tu sy dlm keadaan marah..
Sy ad htr 2 msg pd isteri sy..
1- aku ceraikan
2- talak 3
Tp sy x berniat lgsg utk ceraikan isteri sy..
Tujuan sy utk bg isteri sy sedar..
Utk bg isteri sy rasa menyesal..
Adakah sah ustaz?
Sy btol2 yakin sy xde niat..
Perkara ni dh d rujuk ke mahkamah..
Sy cuma ingin tahu kerana skrg fikiran sy runsing..
Sy baca d internet ada yg kata sah n ad yg kata x sah sbb xd niat..
Harap ustaz boleh bantu saya untuk hlg kn kerunsingan ini..
File Upload:
Salam

Jika isteri nak ucapkan cerai, biarkan dia sebegitu.. seribu kali isteri cakap cerai pun ia tidak akan jatuh. Tapi bila suami cakap cerai, sekalipun akan jatuh, SMS pun akan jatuh juga.

APabila SMS telah dihantar dan lafaznya jelas AKU CERAIKAN TALAK TIGA,  pada pendapat saya, ia telah menjatuhkn talak tiga.

Oleh kerana perkara ini dibawa ke mahkamah, biarlah mahkamah yang menentukan hukumannya. Saudara kenalah berterus terang di mahkamah agar hakim dapat memberi hukum atas apa yang diketahuinya.

tk

Visitor IP: 183.171.169.25

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA