Sunday, August 21, 2016

Soalan: kena bisikan

Nama*:airul fikri
Tajuk*:kena bisikan
Message*:Assalam,
ustaz..nak tanya,kalau semasa kita mandi wajib,nak jatuhkan niat semasa air jatuh saja ditubuh..saya dikacau oleh bisikan dalam hati yg menyatakan mandi itu 'mandi sunat'..ustaz kalau saya teruskan niat je juga 'aku mandi wajib' adakah tetap sah mandi itu walaupun bisik itu kacau dan ckp mcm itu melalui dalam hati saya? saya terus buat dan sambil itu saya niat lafaz dimulut ulang2 sampailah selesai mandi iu..adakah perbuatan saya itu tidak membatalkan mandi pun dan jika masa mandi bisikan itu kacau niat saya atau menukar2 niat saya,tetapi saya terus saja buat..adakah ia tetap sah juga..setiap kali mandi pasti bisikan itu ada..saya lawan dengan teruskan mandi itu sambil ulang niat itu dgn lafas dimulut sehingga selesai..mandi itu tetap sah dan sempurna kan ustaz??
File Upload:
Salam

Usah dilayan dengan gangguan. Itu yang utama.. Mandi tu senang je, niatlah nak mandi wajib dan ratakan air ke tubuh.. sudah cukup. usah dirisaukan yg lain.

tk

Visitor IP: 183.171.24.37

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA