Wednesday, August 10, 2016

Soalan: Isteri lari rumah mak mentua

Nama*:Zam
Tajuk*:Isteri lari rumah mak mentua
Message*:Assalam, ustaz sy nak tanya pendapat ustaz tentang rumah tangga sy dah kahwin 5 tahun dah ada anak 2 org masaalah isteri sy tak balik rumah dekat 2 bulan duduk rumah mak dia, punca sebab bergaduh Dgn isteri sy.. sy tahu silap sy sebab sy maki dia dgn perkataan kesat masa tu sy memang sakit hati sangat sebab dia tak layan sy bila ajak bersama mcm2 alasan lelaki mana boleh tahan 3 tak dpt bersama lepas tu dia merajuk sampai sekarang dia tak balik rumah, sy pujuk dia siap mintak maaf lagi tapi dia tetap tanak balik.. lagi pun sy tengok dia mcm penting kan keluarga dia dari sy penah dia ajak sy duduk sekali dgn mak ayah dia tapi sy tak nak.. lain lah rumah tak ada.. sekarang sy duduk seorang je kat rumah sebab sy tak ada mak ayah tu sy tak tahu nak buat apa, sekarang ni sy rindu kat anak2 sy lagi pun bapak mentua sy kata dia leh jaga anak dia mcm masuk campur, sy dah tak tahu nak buat mcm mana dah mcm org bujang pulak sy rasa ape perlu sy buat ustaz.. sy tak penah pun pukul isteri sy, sy cuma maki je kalau boleh sy tak nak berpisah dgn dia.. anak sy pun kecik2 lagi, ape pendapat ustaz tengah buntu ni..
File Upload:
Salam

Suami yang baik untuke isteri yang baik juga.. Hitungan diri sendiri  untuk menjadi yang lebih baik.. dan mungkin dengan perubahan yang lebih baik itu dapat meyakinkan isteri untuk kembali kepangkuan suami.

Isteri sewajibnya patuh dan taat kepada suami, tidak lagi kepada ibu bapanya... Isteri sewajibnya duduk bersama suami jika suami sediakan rumah dan apa yang sewajarnya.

Dalam kes ini, elok suami kembali berbincang dengan baik dengan isteri, terangkan hukum hakam agama yang patut dibuat, utamakan agama dan Allah dalam urusan hidup, tentunya isteri akan patuh dan reda dengan keadaan apa jua sekalipun.

Campur tangan keluarga ada kalanya menambah parah dalam rumah tangga. Yang perlu ialah suami memberi keyakinan terbaik kepada isteri dan ibu bapanya bahawa suami seorang yang bertanggungjawab dan mampu menjaga anak isteri dengan baik.. Keyakinan yang telah hilang perlu dipulihkan dahulu..

Kenalpasti punca mereka tidak percaya kepada suami...

Doalah selalu.. moga Allah berikan yg terbaik kepada kita.

tk

Visitor IP: 183.78.45.218

Follow @emfteam on Twitter | Facebook
Powered by EmailMeForm



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PERKAHWINAN BUKAN PERCERAIAN

Berkahwin adalah untuk selamanya. Saat 'aku terima nikahnya', adalah saat aku janji untuk mengekalkan perkahwinan selamanya. Ia bukan lagi bahan uji kaji, hendak dicuba-cuba tetapi kenyataan bahawa panas gelora badai hendaklah dilalui bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Suami perlu mendalami ehwal agama, khasnya soal nikah kahwin dan hukum hakamnya. Isteri boleh membantu.

Gelora apapun dalam rumah tangga berada di pundak bahu seorang suami. Masalah isteri, masalah anak-anak dan seribu dugaan dalam rumah tangga, adalah bergantung kepada nakhodanya, sang suami.

Perkataan cerai, talak dan berpisah seharusnya tidak pernah wujud dalam kamus dan dalam ucapan suami. Suami tidak boleh sama sekali bermain-main dengan kata-kata talak, cerai dll. Ia wajib dipadamkan dalam kalbu, ingatan apatah lagi lisan seorang suami. Suami sebagai ketua, sebab itulah hak cerai itu diberikan kepada suami.

Yes, ya, kita bergaduh dan selalu berselisih dalam rumah tangga, namun asam garam itu hendaklah ditangani sebaiknya. Isteri perlu kurangkan egonya, begitu juga suami. (Lelaki amat sukar merendahkan egonya, tetapi jika perempuan itu bijak dan tahu menghargai suami, keegoan lelaki akan mudah luntur).

Biar badai gelora bertempur, tetapi ungkapan CERAI usah disebut oleh suami!

Berkahwin untuk selama-lamanya, bukan suka-suka atau mahu mencuba!

Anda ada persoalan yang belum terjawab?
Sila tanya Ustaz.

About Me

My photo
Universiti ada dalam dalam diri kita; ada fakulti sastera, fakulti sains, fakulti politik, fakulti pendidikan, fakulti pengajian Islam dan banyak lagi. Medium ini adalah sebuah univertisi yang termampu untuk dikongsi bersama.. Untaian Tarbiyah:Dilahirkan di Pondok Padang Nyior, dibesarkan dalam majlis ilmu oleh ayah dan Pak Teh dan persekitaran tradisi ilmu dan budayanya. SK Padang Terap (1972-1977) Maktab Mahmud, Alor Setar (1978-1981) Kolej Islam Kelang (1982-1985) UKM:Fak Pengajian Islam (Arab Tamadun) (1986 - 1990) UTM (Msc Ed Mgt & Admin)1998-2000 Kerjaya: Kilang Gula Padang Terap (selepas SPM) Guru SM Ag Ahmadiah (selepas STPM) Guru SM Pend Khas, Setapak (1990- 91) Tutor UKM (1990-1991) UiTM Sabah (1991 -1996) UiTM Johor (1996 - kini) Layari juga laman Surau Al-Muhajirin dan laman blog YANG LAMA-LAMA